Merealisasikan Impian Melalui Perniagaan
Take The First Step To Unlock Your HUGE Untapped Potential
tahun pengalaman
Dalam pengurusan syarikat dan membangunkan perniagaan
Tahun mengendalikan program usahawan
Latihan, Coaching dan Advisory. Melibatkan lebih 500 orang setiap tahun dan 30 syarikat.
Ebook dan Buku Bercetak
Menulis lebih 13 tajuk dalam bab Pengurusan Perniagaan dan Umum

Smash Your Barriers. Crush Your Fears.
Adakah anda mempunyai pendapatan yang stabil untuk menjalankan operasi perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan ke satu tahap lebih baik daripada sekarang? Tetapi takut jika salah membuat keputusan yang mungkin akan ada kesan kepada perniagaan dan kehidupan secara langsung? Temui jawapan anda! Saya boleh bantu :
- Perkhidmatan dengan tawaran harga pakej yang terus dapat disusun dalam kos jualan atau kos operasi perniagaan dengan jelas. Sesi 'one-off', dua hingga enam bulan yang disesuaikan.
- Aturan dan aliran pergerakan dalam sesi coaching persendirian yang memberi fokus kepada keperluan sebenar pemilik bisnes dan bisnes itu.
- Penjadualan dan tempoh masa sesi coaching yang memenuhi keperluan pemilik bisnes yang mempunyai sumber terhad termasuk masa.
Charging You With The Drive To Succeed
Achieve clarity in what is needed in each unique business
Jelas dengan hala tuju dan pencapaian yang disasarkan. Ia berkaitan dengan rancangan peribadi dan bisnes.
Plan and work on improvement in specific areas of business
Including but not limited to Finance, Operation, HR.Menyemak secara spesifik mana-mana bahagian dalam pengurusan bisnes yang mahu diperbaiki segera termasuk dan tidak terhad kepada Pengurusan Kewangan, Operasi dan HR.
Socialise your ideas in a safe environment, Brainstorm of new ideas and business issues
Mempunyai ruang untuk berbincang dan mengutarakan ketidakpastian bersama individu yang mempunyai kefahaman berniaga dan menguruskan perniagaan.
This Experience Business Advisor Will help You Overcome Your Professional Obstacles
Noraminah Omar, merupakan seorang Penasihat Perniagaan (Business Advisor) dan juga Konsultan di Life Tract Learning Resources.
Terdahulu beliau menguruskan sebuah syarikat bisnes pendidikan dengan 5 cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3500 anak anak-anak dan keluarga dari tahun 2007-2013. 2014, beliau merupakan individu yang diberikan tangunggjawab untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau juga terlibat dalam pembangunan konsep perkongsian terbuka untuk rangkaian pendidikan. 2012-2014, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kehormat WENA. Beliau juga merupakan ahli Toastmasters Club Kajang.
Beliau menamatkan program CEO@University kendalian SMECorp pada tahun 2013. Beliau menamatkan latihan professional dalam bidang pendidikan termasuk Certificate in Early Childhood, Pam Arnold College, Sijil Perguruan Tadika (Persatuan Tadika Malaysia) dan Certificate in Early Childhood, DiKa College. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan CAD/CAM dan menamatkan pengajian di peringkat Master (MBA) di Unitar.
Beliau pernah menerbitkan sendiri 5 tajuk buku bergambar kanak-kanak yang dilancarkan di Singapura pada tahun 2014.
Beliau pernah terlibat sebagai salah seorang fasilitator dalam program “Education in Business in Diversified Culture : A Lean Start-Up” 28 April – 2 May 2014, kendalian NAM Institute for the Empowerment of Women. Bidang konsultasi dan khidmat nasihat beliau termasuklah pengurusan proses kerja (SOP) dan pengurusan perniagaan untuk SME.
Memenuhi keperluan praktis sebagai Business Coach di Action Business Advisors Sdn Bhd pada tahun 2019. Kini, beliau aktif mendesain dan mengendalikan program keusahawanan dan menyampaikan modul latihan berkaitan di STARTLAH Innovation PLT semenjak November 2021 hingga kini.
Beliau menyokong kepada visi “shared prosperity”, beliau yakin bahawa perubahan hanya bermula daripada setiap individu dalam sebuah masyarakat.

This Is What I’m Offering You Today — Completely Free Of Charge…
Satu sesi konsultasi melalui telefon percuma
My Promise To you
The coach is well experienced as a small business owner as well as an employee in her professional career. She is a Business Coach and focuses on coaching and mentoring customized for each business owner.
Semua perbincangan dan idea bisnes selamat dan Business Coach yang terlibat merupakan Business Coach sepenuh masa. Sebarang penggunaan maklumat tidak akan mendedahkan identiti usahawan tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu.
Our Happy Clients









Blog
2 PERKARA PENTING MEMILIH STRUKTUR ENTERPRISE-PLT-SDN-BHD
Apabila mahu membuka bisnes dan membangunkannya, ramai yang terus mahu melihat tentang struktur syarikat. Ramai …
3 SOALAN MEMILIH PARTNER – Mulakan dengan kita.
Perbincangan kali ini merujuk kepada pelbagai jenis partnership yang melibatkan milikan bersama. Maknanya, jika lesen …
MENJALANKAN BISNES SUAMI ISTERI – Ada yang berjaya, ada yang tidak.
Baru-baru ini ada ramai juga yang membuka perbincangan tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan bersama …