Saya lebih senang dengan panggilan Min.
Pada kebanyakan masa ramai yang memanggil saya ‘Teacher Min’.
Saya mempunyai 5 orang cahaya mata bersama suami, yang juga memiliki 4 orang anak.
Saya kini tinggal di Kajang setelah berhijrah dari Kota Damansara. Sebelum itu, saya pernah berada di kejiranan kawasan Klang dan Subang Jaya.
Anak sulung saya kini berumur 9 tahun. Anak kedua baru sahaja memasuki alam persekolahan rendah Darjah 1 dan yang ketiga sudah mencecah umur 6 tahun. Anak lelaki tunggal saya kini sudah berumur 3 tahun bersama adik perempuannya yang baru sahaja mencecah umur 8 bulan.
Saya mula mengajar di sebuah pusat pedidikan IT untuk kanak-kanak sebaij sahaja tamat pengajian. Selepas itu, saya menjelajah potensi diri melalui pengalam mengajar kanak-kanak di tadika montessori, tadika berkonsepkan francais dan tadika milik persendirian.
Dalam tempoh itu, saya menghadiri kursus di Kolej Swasta dan Persatuan Tadika untuk menambahkan ilmu dan kemahiran. Pada masa yang sama beberapa seminar serta sesi pembenangan kertas kerja banyak membantu saya mendalami ilmu ini.
Pada tahun 2007, saya memulakan satu keputusan yang besar dalam hidup saya. Satu pengembaraan baru. Saya mengambil keputusan untuk mengambil peluang tawaran yang saya terima.
Saya diberikan peluang untuk menguruskan sendiri sebuah pusat pendidikan kanak-kanak yang berkonsepkan Pusat Perkembangan Kanak-kanak di bawah sistem francais.
Memandangkan saya bukan orang ‘bisnes’, saya kira sistem francais dapat membantu saya.
Blog ini akan menjadi ruang untuk saya berkongsi catatan, pengalaman dan perjalan saya bersama suami dan keluarga. Ia juga menjadi ruang untuk saya berlatih menggunakan Bahasa Melayu tinggi.
Nota pengalaman perniagaan di dalam Bahasa Inggeris saya ada kongsikan di www.geniuspreschoolnote.blogspot.com.
Insyaallah, saya akan memasukkan entri yang berkaitan dalam Bahasa Melayu di ruang ini. Semoga pengisian yang tercatat membantu saya menuju jalan ke ‘jannah’.
Salam ukhuwwah.