Tips kawal marah pada anak di rumah.

Sebagai ibu, sama ada bekerjaya atau tidak, cabaran sentiasa ada. Paling utama adalah keperluan untuk berjaya mengawal  emosi dan amarah.

Apa akan jadi pada anda jika anda ‘stress’ dan marah:

1. Anda akan cepat letih.
2. Adakalanya, hilang selera makan.
3. Sakit kepada.
4. Mengakibatkan sakit kulit mudah hinggap: jerawat, kulit kering dan sebagainya.
5. Tekanan darah tinggi.
…dan banyak lagi.

Antara yang selalu berlaku apabila anda selalu marah pada anak dirumah pula:

1. Anak akan ‘immune’ dengan keadaan marah ibunya.
2. Turut sama ‘stress’
3. Hilang motivasi untuk aktiviti lain termasuk mengulangkaji.
4. Tidak rasa tenang dirumah
5. Penat, pada anak yang agak kecil mereka akan menjadi lebih kerap menangis.

Tips kawal marah:

1. Ingat, saya tidak sempurna. 

Rumah yang lantainya bersinar-sinar, dapur yang berkilat, sofa yang indah dan deko yang teratur sentiasa seperti di kaca TV, bukanlah apa yang anda perlu buat. Ia bukanlah satu-satunya petanda anda seorang ibu yang hebat.

Sesekali, lupakan tentang “Apa orang kata nanti.”

2. Sesekali bersepah tidak mengapa asalkan bersih.

Jika anda mempunya anak lebih dari dua orang, tidak mengapa jika sesekali mereka bersepah. Letakkan satu kawasan khas untuk mereka bersepah. Tetapi, pastikan ianya bersih. Bersepah dan ‘semak’ bukan bermakna kotor!

3. Diam, dan bertenang sebelum bertindak.

Sentiasa tekan butang ‘pause’. Tenangkan diri, amalkan lihat keadaan pada skala positif. Sukar tetapi pasti boleh dengan praktis dan rutin.

4. Jangan malu minta bantuan. Mengaku saja, “Saya tidak dapat menguruskannya, jika begini.” 

Beritahu pada ahli keluarga (anak dan suami) apa yang sebenarnya anda rasa. Jika perlu menangis, menangislah! Meskipun anak anda masih kecil, cakap dan terangkan juga. Anggap saja mereka akan faham.

5. Jangan kedekut untuk berbelanja membeli peralatan yang dapat membantu kerja rumah.

Peralatan tertentu seperti mesin basuh automatik, ‘slow cooker’, ‘microwave oven’ dan beberapa peralatan lain akan membantu anda menyiapkan kerja rumah dengan mudah. Belilah apa yang perlu.

Sekiranya anda perlukan bantuan dari pihak lain seperti, menggosok baju, mengajar anak di rumah dan sebagainya, carilah pembantu yan boleh membantu anda melakukannya.

6. Buatkan jadual yang boleh diguna dan dibuat secara ‘realistik’.

Susun jadual yang praktikal untuk anda. Anak-anak juga perlu ada jadual. Jadual ringkas dengan masa yang fleksibel sudah memadai. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 aktiviti untuk dilengkapkan dalam sehari.

7. Bahagikan tugas bersama ahli keluarga yang lain. (bersama anak dan suami)

Dapatkan semua ahli keluarga untuk faham keadaan anda. Suami (jika ada) perlulah diajar untuk membantu. Tugas yang berat, tetapi cubalah. Mereka juga mesti mengambil bahagian dalam musaha mengurus rumah tangga.

8. Jika tiada yang membantu, tidak perlu marah. Buat sendiri pada waktu anda rasa selesa untuk melakukan tugas itu. 

Contoh, jika tiada yang membantu untuk mencuci pinggan, tidak mengapa. Apabila anda bersedia, basuhlah pinggan tersebut. Tidak perlu marah.

Selamat mencuba!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.