Bila awak tulis?
Macam mana awak ada masa?
Bukannya ramai yang baca blog awak. Awak tak kisah?(*_*) Saya senyum dahulu sebelum terus menulis. Lagipun saya bukanlah seorang ‘otai blogger’.
Saya bersama anak yang ke 2,3 dan 4. |
Saya tidak pandai dalam semua bidang termasuklah ‘internet marketing’. Saya belajar menulis blog pada tahun 2008 dengan menghadiri kelas berbayar sebanyak RM50 yang dikendalikan oleh 3 orang anak muda berbangsa cina yang bergiat dalam dunia ‘internet marketing’. Saya masih ingat hingga ke hari ini.
Saya tidak berapa arif, tetapi yang pasti saya amat sukakan ruangan yang membolehkan saya menulis untuk ‘ekspresi diri’. Lagipun, ia agak mengujakan apabila boleh dikongsikan dengan kawan yang lain.
Kemudian, saya hanya terus melayari dan mempelajari perkara baru tentang blog dan Facebook atas dasar keperluan semasa. Keperluan peribadi dan keperluan bisnes.
Yang terkini, pada bulan february yang lalu, Puan Lily, banyak mberkongsi pelajaran tentang blog dan Facebook. Maklumlah, beliau adalah Mompreneur yang berjaya. 🙂
![]() |
Ini Puan Lily yang gambarnya saya ambil dari ‘facebook’ beliau. (*_*) |
Jadi, tidaklah saya tahu benar akan apa yang ada pada blogger. Tetapi, saya lihat ramai ibu dan surirumah yang berjaya dalam perniagaan dan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi melalui kewujudan mereka di alam maya, melalui blog terutamanya.
Banyak jenis blog. Ada blog peribadi, blogshop, blog infopreneur dan banyak lagi yang saya sendiri tidak begitu arif.
Jadi, bagaimana ya? Ada apa pada blogger? Anda sudah tahu jawapannya? (>_<)
2 thoughts on “Apa apa pada ‘blogger’?”
Blogger xde apa apa melainkan dpt kawan baru dan ada yg bleh generate income melalui blog…treat it as biz..new entri means new product…
Itulah. Kalau boleh memang nak jadikan sebagai bisnes. Cuma perlu banyak belajar. 🙂