Ramai yang fikir bahawa saya datang dari keluarga yang senang dan berpelajaran. Alhamdulillah, walaupun saya bukan dari keluarga yang berada, saya kira mak dan abah saya adalah antara mereka yang kaya juga.
Kaya dengan anak-anak. 🙂
![]() |
Mak (kiri) dan Kak Syam (kakak saya yang sulung). |
Ini gambar mak saya bersama kakak yang sulong. Ada beberapa perkara yang saya sangat kenang tentang emak semasa saya berumur antara 5-7 tahun.
1. Emak selalu ajak saya ke kebun.
2. Emak selalu nyanyikan lagu jawa pada saya selepas solat maghrib.
3. Saya akan duduk di sebelah emak lepas subuh, sebab mak akan baca quran masa itu.
4. Emak jahitkan saya baju setiap hari raya.
Saya sayang emak saya!
Ini pula abah saya. Abah saya agak tegas orangnya. Apa yang saya paling ingat?
1. Abah pernah masukkan saya dalam guni, tapi saya lupa kenapa. Yang pasti, masa itu saya sangat nakal…
2. Abah selalu bawa sesuatu apabila balik dari kerja (abah kerja estet masa itu), saya yang melompat-lompat nampak abah balik dengan basikal.
3. Abah akan mengajar saya mengaji lepas maghrib dan saya sesekali berlakon tidur kerana tidak mahu mengaji.
Apa pun, abah menyebabkan saya menangis apabila abah kata “Abah minta maaf atas semua silap dan salah abah pada kamu.”, setiap kali saya balik kampung.
Abah masih juga minta maaf walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak sendiri.
Saya sayang abah!
Saya doakan mak dan abah selamat pergi balik ke tanah suci untuk umrah 27 Mac- 6 April ini. Semoga sedikit hadiah dari anakanda akan memberikan sejuta manfaat kepada mak dan abah.
Amin.
2 thoughts on “Saya sayang mak…dan abah!”
Saya sangat2 terharu cerita you ni…. pengorbanan mak dan abah begitu tinggi nilainya. Walaupun semasa kecil marah2 untuk mendidik….. tapi alhamdulillah anak2 berjaya di dunia dan insyaallah di akhirat. Saya sendiri pun pernah di masukkan dalam guni tpi tk ingat apa kesalahan saya. Mak memang garang kalau pura2 mengantuk untuk mengaji dia cubit peha :).abah pula lembut orangnya. Bayangkan masa saya Form 5 dia masih mencuci kasut sekolah saya. Semasa saya ‘dalam hari’ abah sibuk menguruskan persiapan untuk baby, urut dan sapu minyak dikaki saya. Ikat rambut tegang2 dan dsb.Itu lah salah satu kenangan yg tk dapat saya lupakan. Kini abah telah kembali ke rahmatullah….. semoga roh beliau di kalangan org2 yang solih. Amin. Luahan rasa untuk dikongsi bersama. T.Shidah
Amin. Semoga semua dosa kita diampunkan oleh kedua ibu bapa. Jadi Allah pun tentu ampunkan kita juga.