Assalamualaikum dan selamat hujung minggu kawan-kawan.Oh, kali ini saya teringat tentang seorang rakan saya yang menyatakan bahawa anak beliau sangat suka bermain.Saya kira anak saya bukan sahaja suka bermain, malah SANGAT SUKA bermain. Ini adalah anak saya yang ke-4. (Yang ke-5 berumur 9 bulan, masih baru belajar berdiri-jatuh.)
Ishaq memang sangat suka bermain. Pernah sekali dimintanya saya beli permainan berbentuk ‘angry bird’ yang akhirnya dijadikan sebagai ‘bola’ pula.
![]() |
Ditendangnya ke hulu dan kehilir, ada masanya terkena pula kepala adiknya yang sedang sibuk belajar berdiri!
![]() |
Nur Safura (9 bulan) pula sibuk dengan percubaan pegang-bangun-berdiri. |
Apabila dikenangkan, memang semua anak-anak suka bermain. Cuma bagi kita sebagai ibu, ada anak yang jauh lebih banyak bermain dari anak yang lain. Apabila sudah mempunyai anak lebih dari 3 orang, memang jelas perbezaan yang terlihat.
Baik, bagi kawan-kawan yang mempunyai seorang atau mungkin anak yang tidak lebih dari tiga orang, adakalanya perbezaan itu ada cuma tidak ketara.
Jadi, tidak ada salahnya dan bukanlah satu kecacatan jika anak kita itu suka bermain. Cuma, bagaimana cara kita menyalurkan keinginan dan kemahuan anak itu bermain yang akan menentukan abgaimana perkembangan dan kelakuannya.
Saya juga, secara jujur mengahdapi masalah apabila anak-anak yang 5 orang ini mempunyai banyak perbezaan dari segi perkembangan. Tetapi, saya juga bersyukur kerana ada banyak titik persamaan yang boleh menjalinkan semua perbezaan.
Saya juga sedang belajar dan mahu menjadi ibu yang baik. Tidak bermakna anak yang bijak itu baik. Jadi seperti kata ustaz, saya perlu mencari ‘kesepaduan’ itu.
Doakan saya jadi ibu yang baik dan boleh membimbing anak yang SUKA MAIN!