Abah dan Emak, Umrah dan Haji.

Assalamualaikum semua.Baru-baru ini, saya berkesampatan menghantar mak, abah saya serta makcik, pakcik dan nenek yang pergi mengerjakan umrah.

Pada masa itu, jelas terlihat kegembiraan abah. Emak juga nampak gembira cuma nampak sentiasa memikir. Maklumlah, abah sebelum pergi sudah dikejarkan ke hospital untuk ambil ubat. Abah memang bersemangat. Walaupun mengadu agak sakit, berjalan di KLIA itu laju sungguh!

Oleh kerana saya tidak mempunyai gambar yang baik untuk dikongsi, saya kongsikan gambar ini, yang diambil oleh kakak sulung saya Nor Samsiah sebelum mak dan abah bertolak dari kampung, Parit 21, Hutan Melintang.

Abah dan Kakak.

Mak dan kakak.

Pada hari itu, saya lihat ramai juga kumpulan yang bersedia bertolak pada hari itu. Kumpulan yang diikuti oleh mak, abah, pakcik, makcik dan nenek adalah kumpulan FELDA Travel. Seramai 39 orag rombongan pada hari itu.

Abah sudah dua kali ke tanah suci untuk Haji. Emak pula sudah sekali ke tanah suci untuk Haji. Rezeki mereka, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah.

Saya juga berura-ura mahu pergi lagi untuk umrah tahun ini. Tetapi, mak melarang. Kata Mak, “Simpan sahaja duit itu. Pergi tunaikan haji. Kamu kan sudah pergi ziarah Mekah untuk umrah?”Saya angguk kepala dan saya faham benar apa yang mak maksudkan.

Oh ya, ini sajalah gambar yang agak baik untuk saya kongsikan. Hanya diambil menggunakan telefon dari kamera murah saya. 🙂

Dari kiri: Mak, Embah (nenek), Makcik Jee dan Makcik Imah.
Dari kiri : Kakak Normah, Abah dan saya yang bulat. 🙂
Di tengah adalah Makcik Jee yang memang sudah lama berhajat untuk menghantar ibunya (embah saya).

Saya doakan semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.

Insyaallah, saya berazam akan pergi menjejakkan kaki untuk ibadah haji pada masa yang terdekat (saya tidak pasti bila). Saya yakin, jemputan Allah itu adalah sesuatu yang memungkinkan untuk seribu kemustahilan!

Mari mulakan langkah ke arah meunaikan rukun Islam yang ke-5!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.