Cerita anak di ‘gigit’ di tadika.

Begini ringkas kisahnya:

Seorang anak berumur 5 tahun, lelaki digigit oleh rakan sebaya. Juga lelaki. Gigitannya memang agak terkesan, memandangkan anak yang digigit adalah berkulit putih melepak.

Pada masa yang sama, Cikgu sudah mengesan ada kesan cakaran di muka anak itu semasa tibanya ke sekolah. Tetapi, memandangkan keadaan agak mahu segera ke kelas, Cikgu terlupa untuk bertanyakan kepada si ibu yang menghantarnya.


Kisahnya menjadi begitu mengecewakan apabila, kedua-dua ibu kepada kedua-dua anak ini bercakaran pula sesama mereka di hadapan anak-anak. Kemudian, bersambung pula di media sosial.

Respon saya:

Ada banyak faktor yang membuatkan anak-anak berkelakuan dan memberi respon tertentu pada sesuatu perkara, orang dan keadaan.

Bagi kebanyakan anak, apa yang mereka lakukan adalah dengan tujuan dan keperluan yang tertentu. Baik, mari kongsikan pengalaman saya sendiri menghadapi keadaaan yang agak serupa tetapi sedikit berbeza.

Perkara PENTING yang perlu SEGERA dilakukan semasa kejadian:

1. Pastikan anak yang menjadi mangsa selamat.

2. Pastikan pelaku kesalahan berada dalam keadaan tenang.

3. Periksa dan tanya pada anak yang menjadi mangsa tentang keadaannya. Adakah sakit pada bahagian tertentu (yang luka tidak terlihat)? Berikan rawatan asas. JIKA merbahaya, bawa segera ke klinik dan maklumkan ibu bapa dalam masa yang sama untuk mendapat keizinan.

4. Pastikan pelaku memahami bahawa menyayangi rakan adalah sangat baik. Menyayangi rakan tidak akan menyebabkan kecederaan. Lihat semula polisi kecederaan yang diamalkan di sekolah.

5. Sebolehnya, pastikan pelaku kesalahan meminta maaf dan memahami apa yang perlu dilakukan. Contoh, jika mahukan sesuatu dari rakan, minta dengan baik.

Untuk memamahi dan membantu lebih kanjut bagi anak dan untuk membantu ibu bapa, dapatkan beberapa maklumat asas mengenai yang berikut:

1. Anak

Latar belakang: Adakah anak ini biasa bersosial? Contohnya, lihat semula adakah anak ini anak tunggal? Adakah anak ini biasa bersama-sama dan menjalankan aktiviti berkumpulan?

Keadaan biasa atau rutin di rumah: Adakah anak ini biasanya akan mendapat apa yang dimahukan tanpa perlu meminta? Adakah anak ini biasa didatangi tetamu atau sahabat handai dan ahli keluarga yang lain?

2. Ibu bapa

Adakah mereka berada di rumah bersama anak? Adakah terdapatnya masa lapang atau masa lain yang anak ini pernah ditinggalkan untuk jangka masa yang lama tanpa kehadiran ahli keluarga? Contohnya berada di taska atau menghadiri kelas lain.

3. Guru

Pada waktu kejadian, adakah guru berada di sekitar kawasan. Bilakah kejadian berlaku? Contohnya, semasa guru mengajar, semasa aktiviti kumpulan atau semasa bermain.

Apabila maklumat di atas diperolehi, mudahlah bagi guru dan ibu bapa membantu anak-anak ini untuk membaiki apa yang perlu.

Guru memainkan peranan aktif di sekolah.

Sediakan aktiviti yang mendorong anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang secara positif. Contoh, berkongsi permainan, bermain berkumpulan dengan aturan, membaca buku mengikut giliran.

Ibu bapa juga mesti memainkan peranan aktif di rumah.
Aktiviti yang dipanjangkan dan disokong dirumah juga penting. anak-anak yang biasa di kelilingi ahli keluarga dan jiran yang positif juga boleh memberikan ruang perkembangan yang baik.

Semoga tidak akan ada ‘buli’ dalam kamus hidup anak-anak kita. Insyaallah.

Paling utama, berkomunikasi dengan positif dan bersopan adalah yang terbaik!

Menelusuri pengalaman hidup untuk kehidupan. -Min

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.