Kisah anak mengadu lapar sebaik sahaja tamat kelas.

Beberapa hari lepas, saya ditanya oleh seorang rakan.

“Hari ini saya terima aduan ibu bapa. Nampaknya dia sangat marah!”

“Apa isunya?”

“Oh, katanya, setiap kali anaknya pulang dari sekolah, sentiasa mengadu lapar. Kemudian, katanya lagi dia mahu hantar komen ke facebook. Tetapi, tidak sampai hati.”

“Hmmmm….Ibu atau ayahnya yang datang?”

“Bukan, neneknya. Apa yang saya boleh buat? Bolehkah saya tambah menu seperti yang diminta. Katanya, dibandingkan dengan sekolah cucunya sebelum ini, mereka diberi makan sedap-sedap.”

“Sekolah yang dimaksudkan itu di tadika atau taska?”

“Entahlah…”


Lalu, saya juga terhenti apa bila mendengar yang kawan saya itu sebenarnya tidak mempunyai maklumat lengkap dan perkara asas yang sebenarnya menjadi punca kerunsingan nenek itu.

Respon saya padanya:

Saya pasti ada perkara lain yang berlaku menyebabkan, nenek ini mempunyai kerunsingan tentang cucunya yang tidak mahu makan di sekolah dan mengadu mahu makan sebaik sahaja balik.

1. Selepas saya minta rakan saya bertenang saya katakan padanya.
“Memberi apa yang diminta, tidak dapat menyelesaikan masalah.”

2. Memandangkan kelas persekolahan cuma 3 jam dan memberikan masa 15 minit makan dan 15 minit rehat, menu ringkas yang disediakan memerlukan lebih variasi dari segi rasa dan rupanya.

Ini bergantung dengan jenis program yang dijalankan di sekolah berkenaan. Adakah ianya Tadika, Taska, Pusat Jagaan, Pusat Perkambangan atau yang lain. Ia membezakan tatacara mereka mengendalikan sesi rehat anak-anak.

3. Berkomunikasi semula dengan guru berkenaan dan lihat semula jadual dan keadaan anak semasa rehat. 

Perhatikan perkara tertentu termasuklah:
– Adakah faktor tertentu yang menyebabkan anak itu tidak mahu makan?
-Apakah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak itu makan?

4. Cuba dapatkan maklum balas dan maklumat tambahan berkenaan anak tersebut. 

Rutin anak setiap pagi sebelum ke sekolah juga mungkin dapat membantu anak ini. Menghubungi ibu atau bapa anak tersebut adalah lebih utama sebelum memberi maklum balas lanjut kepada nenek tersebut.

5. Percayalah! 

Apa yang utama semua orang mempunyai keprihatinan yang utama iaitu  terhadap anak-anak, termasuklah guru yang mengajar.

Kemungkinan, nenek juga mahu berkongsikan masalah sebenar dengan anda kelak.
Respon saya kepada ibu bapa dan penjaga pula:

1. Elakkan dari mencampur adukkan masalah peribadi dan hal anak-anak.

Adakalanya, anak-anak juga mahukan perhatian orang dewasa.

2. Dapatkan maklumat lengkap tentang polisi dan tatacara sekolah atau pusat jagaan. Ini termasuklah masa dan apa yang dihidangkan semasa makan dan berapa lama waktunya. Jika perlu, sediakan bekalan tambahan atau makanan sampingan untuk anak.

3. Berkomunikasi dengan positif dan bersopan adalah yang terbaik!

(*_*)

Menelusuri pengalaman hidup untuk kehidupan. -Min

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.