Kisah anak tidak tahu ‘bercakap’ di tadika.

Assalamualaikum.
Bertemu kembali dalam ruangan ini.
Baru-baru ini rakan lama menghubungi saya. Rakan lama yang baru bertemu semula. Beliau lama mengembara menyambung pengajian di luar Malaysia.
Tahun ini, kembali semula ke Malaysia bersama keluarga. Kebimbangan beliau amat ketara.
‘Bagaimana nanti anaknya akan menyesuaikan diri dengan sistem persekolahan di Malaysia?’
Saya juga faham. Anak yang membesar dipersekitaran berbahasa Inggeris, tentu memerlukan bantuan dan perhatian untuk mengadaptasi kehidupan baru yang disekelilingi dengan bahasa Melayu.
Begini ringkas ceritanya:
 
Sejak hari pertama persekolahan 2013 hingga hampir tampat bulan Januari 2013, anaknya Danish, yang berusia 4 tahun masih menangis apabila ke sekolah dan apabila berada di sekolah.
 
Ini bukan sahaja mendapat perhatian guru kelas, malah guru lain di  tadika tersebut. Masalah utama yang pasti adalah tentang kelemahan ‘bercakap’. Anak rakan saya ini, Danish tidak ‘bercakap’. 
Respon saya:
 
Semua orang sama ada kanak-kanak atau dewasa memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru. Bagi anak sekecil 4-6 tahun, mereka amat memerlukan sokongan orang yang lebih dewasa di sekitar mereka untuk memastikan fasa penyesuaian berjalan lancar.
Tangisan, jeritan dan kemarahan adalah perkara biasa dari segi emosi yang perlu ditangani. Bagi anak yang mempunyai masalah untuk menyampaikan hasrat dan apa yang mereka ingin katakan, tangisan adalah satu-satunya jalan bagi mereka.
Anak-anak akan ‘bercakap’ dan gembira dengan persekitaran
dan orang yang mereka percaya.
Jadi, mereka menangis kerana ada sesuatu yanh ingin diberitahu pada orang dewasa atau orang lain yang berada di sekitar mereka.
Bagi anak-anak yang sudah boleh bertutur, tetapi mempunyai kesukaran untuk bertutur dalam bahasa tertentu (dalam kisah ini bahasa Melayu), beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu anak-anak ini.
Dalam kes Danish, di tadika:
1. Orang yang dipercayai.
Pastikan guru kelas (atau mana-mana individu dewasa) di tadika boleh bertutur dan memahami apa yang dikatan oleh Danial, iaitu bahasa Inggeris. Anak ini perlu mempunyai seseorang yang boleh dipercayainya. Dalam kes ini, faktor bahasa dalah faktor utama.
2. Beri sokongan dan bantuan.
Sentiasa berikan bantuan apabila mendapati Danial mempunyai masalah untuk bermain bersama rakan, bersembang dan menjalankan aktiviti kumpulan.
Sebagai contoh, apabila Danish berkata,”Teacher, can I go to the toilet?”.
Jawab, “Oh, Danish perlu ke tandas ya?” Alright, you can go now.”
Danish akan dapat membina kosa kata baru dan dia juga membina kepercayaan pada guru tersebut. Walaupun pada peringkat awal ianya agak bercampur, pastikan guru bercakap dengan ayat yang penuh sebelum bertukar ke ayat seterusnya.
Bukan bahsa rojak, tetapi dwibahasa dengan tatacara yang betul mengekalkan struktur ayatnya.
3. Aktiviti berkumpulan.
Semasa aktiviti berkumpulan, seperti ‘circle time’ atau perhimpunan, beri peluang untuk memperkenalkan Danial dan anak-anak yang lain pada semua orang. Maklumkan juga pada anak-anak yang lain tentang adanya guru kelas untuk membantu jika ada masalah.
Ini akan memastikan agar Danish tidak ada perasaan diasingkan atau terasing.
4. Adakan aktiviti perkongsian seperti ‘show and tell’. 
Minta anak-anak membawa gam bar atau barang kegemaran di rumah yang boleh di kongsikan. Beri tema tertentu. Contoh: anak patung kegemaran atau mainan kegemaran, gambar keluarga dan lain-lain.
Ini memberikan peluang untuk Danish mendapat peluang berkomunikasi dengan semua orang. Sekiranya Danish masih bertutur di dalam bahas Inggeris pada peringkat ini, haruslah diberikan sokongan.

Guru perlu membantu untuk mengulangnya dalam bahasa Melayu agar rakan yang lain faham dan Danish juga dapat membina kosa kata baru dengan bantuan guru. Pada masa yang sama, anak lain akan belajar kosa kata bahasa Inggeris pula.

Bagi ibu bapa pula:
1. Komunikasi rumah- tadika.
Pastikan guru dimaklumkan tentang perkara asas tentang Danish. Maklumkan juga apa ‘expectation’ anda sebagai ibu bapanya. Guru harus mempunyai fahaman bahawa ibu bapa mahu yang terbaik buat anak-anak dan akan bekerjasama untuk kepentingan anak-anak. Bukan saja Danish, malah kawan-kawan Danish yang lain juga.
2. Faktor guru-tadika.
Beri peluang anak-anak berkongsi
bahan cerita dari rumah.
Beri perhatian kepada siapa guru Danish.
Jika guru itu agak muda (di bawah 35 tahun), ada kemungkinan guru ini memerlukan sokongan pengetua dan juga ibu bapa.
Saya cadangkan, bincang sahaja dengan guru yang lebih berpengalaman dan terus kepada pengetua (guru besar).
Kebanyakan guru muda mempunyai kelebihan dari segi tenaga dan idea yang segar dalam menguruskan anak-anak. Anak-anak selesa dengan guru yang lebih muda yang rajin melayan karenah anak-anak dan sangat aktif dalam proses pembelajaran berbanding dengan guru yang agak berusia. Tetapi, guru muda selalunya mempunyai kelemahan dari segi kemahiran empati.
Situasi guru tidak dapat menangani anak atau memahami mereka bukan sesuatu yang baru. Ianya akan dapat diatasi, tetapi memerlukan persefahaman yang baik antara ibu bapa dan guru.
Danish bukanlah satu cerita yang unik. Ia adalah sesuatu yang agak biasa dan berlaku pada ramai keluarga dan anak-anak. Namun, faktor rumah-tadika-guru akan dapat menyelesaikan situasi ini dengan baik dengan dasar persefahaman (mutual understanding) antara banyak pihak.
Sekiranya ia masih berlanjutan untuk tempoh menjangkau 90 hari, ibu bapa mungkin perlu menukarkan Danish ke sekolah lain yang lebih sesuai.
Kadangkala, tadika yang baik untuk anak lain, tidak sesuai untuk Danish.
Kebiasaannya, guru dan pengurusan tadika akan berusaha sehabis baik untuk mengekalkan pelajarnya hingga ke hujung persekolahan.
Insyaallah. Dengan tujuan baik untuk anak-anak, pasti semuanya akan berada dalam keadaan yang baik.
‘Menelusuri pengalaman hidup untuk kehidupan.” – Min

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.