Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Sibuk juga ya?
Saya faham. Maklumlah, walau hari cuti atau hujung minggu, masih ada banyak yang perlu diselesaikan. Apa pun, berilah masa untuk diri sendiri melakukan perkara yang disukai.
“Orang yang tidak mempunyai hobi kegemaran adalah sama seperti orang yang tidak mempunyai impian.”
Baiklah. Pernahkah anda berasa marah sehingga meminta anak anda keluar dari bilik? Atau, meminta anak untuk berdiri di satu tempat untuk satu tempoh sebagai denda?
Ini pula cerita anak yang ‘dikurung’ di dalam bilik stor sebagai denda.
Begini kisahnya:
Aisyah adalah seorang anak yang agak sukar untuk diurus. Asiyah memerlukan masa yang lama untuk bertenang sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Dengan kata lain, Aisyah adalah anak yang aktif. Ada masa tertentu, Aisyah akan menolak apabila diminta guru untuk menjalakan aktiviti tertentu di dalam kelas termasuklah apabila perlu membaca dan menulis.
Suatu hari, seorang guru telah me’ngurung’ Aisyah di dalam bilik stor di tadika akibat terlalu marah dengan kelakuan Aisyah yang ‘tidak mendengar kata’. Apabila pulang, Aisyah menganis ketakutan dan tidak mahu ke sekolah lagi.
Maka, bermulalah satu ‘drama’ tanpa arahan antara ibu bapa-guru-tadika.
Ini respon saya:
Ramai ibu bapa dan guru belum dapat membina persefahaman yang baik dalam proses menyediakan ruang pembelajaran terbaik untuk anak-anak.
Dalam cerita ini saya dapati ada dua perkara asas yang utama.
1. Guru amat bimbang jika perkembangan anak di tadika tidak menepati kehendak ibu bapa.
Pada kebanyakan masa, ibu bapa amat menitikberatkan pencapaian anak mereka dari segi akademik. Jadi, majoriti para guru me[unyai andaian sama rata pada semua ibu bapa, bahawa mereka mahu anak mereka boleh menulis dan membaca dalam tempoh terpantas yang mungkin selepas anak mendaftar di tadika.
2. Ibu bapa tidak memberikan maklumat yang mencukupi tentang anak kepada guru.
Benar. Ibu bapalah orang yang paling memahami anak mereka. Ini hanya terpakai untuk ibu bapa yang memahami tentang kesan langsung proses tumbesaran anak mereka.
Pengalaman serta proses pembesaran anak dalam kandungan ibu, nutrisi dan pemakanan anak, suasana sekitar dan dinamik keluarga adalah faktor yang memberikan kesan langung kepada pembinaan peribadi, perkembangan minda dan emosi anak-anak.
Selain daripada dua perkara asas diatas, berikut adalah dua perkara yang boleh menjadikan keadaan lebih baik buat Aisyah.
1. Guru yang berkemahiran

Teknik-teknik untuk mendorong anak menjadi lebih aktif dalam pembelajaran perlu dijadikan sebahagian daripada ‘latihan semasa bekerja’. (on the Job Training)
2. Komunikasi berterusan guru-ibu bapa.
Bercakap dan maklumkanlah pada ibu bapa dengan jujur tentang situasi di tadika. Ibu bapa yang memahami dan menyokong perkembanngan anak-anak akan bersikap telus dan jujur apabila memberikan maklumat tentang perkembangan anak mereka.
Saya yakin. Guru yang baik hanya sesuai untuk ibu bapa yang baik juga. Andai sebaliknya berlaku, maka redhalah dan doakan yang terbaik buat anak-anak.
‘Menelusuri pengalaman hidup untuk kehidupan.’ -Min