Assalamualaikum.
Hari ini adalah hari yang seterusnya dalam diari 2013.
Diari? Masihkah ada yang menulis diari? Tulislah. Tuliskan pengalaman hidup.
Suatu hari nanti ia pasti bakal menjadi tatapan dan rujukan anak dan cucu. Jika tidak sekalipun, tulislah di laman blog. 🙂
Baiklah. Kali ini juga kisah yang agak biasa, tetapi tidak biasa bagi ramai orang.
Begini ceritanya:
Aiman yang berumur 5 tahun amat seronok mahu ke tadika. Ibu juga begitu. Aiman anak yang aktif dan ceria, tetapi pada kebanyakan masanya dihabiskan bersama Bibik.
Selepas 3 hari pertama persekolah ibu mula runsing. Ibu bekerja. Aiman terus menangis dan semasa di dalam kelas, Aiman perlukan Bibik bersama.
Kemudian, cikgu kelas pula tidak selesa. Kekok agaknya apabila ada orang ‘dewasa’ berada dalam kelas kanak-kanak.
Selepas 2 minggu, cikgu kelas minta Bibik tinggalkan Aiman di kelas. Aiman menangis dan bermulalah ‘drama’ setiap pagi apabila Aiman mahu ke sekolah.
Respon saya:
Pada cikgu, gunakanlah teknik yang betul untuk menangani dan menarik perhatian Aiman.
Apakah faktor yang menyebabkan Bibik yang biasa-biasa itu begitu ‘menarik’ lebih berbanding cikgu yang bijak dan jauh lebih manis dan cantik? 🙂
Cubalah beberapa teknik ini.
a) Bina keyakina diri Aiman secara berperingkat.
Pada minggu yang pertama, berilah peluang Bibik berada di dalam kelas. Pada awalnya, jika Bibik perlu duduk disebelah atau dibelakang Aiman, berikan peluang.
Terangkan pada Bibik pada minggu kedua, Bibik perlu duduk di hujung kelas atau di salah satu sudut yang sesuai. Aiman juga mesti tahu di mana Bibik berada.
Minggu ketiga, minta Bibik duduk di luar kelas. Pastikan Bibik duduk di kawasan yang mudah untuk Aiman lihat.
Minggu keempat, minta bibik duduk dikawasan pejabat. Hanya semasa rehat dan selepas kelas, Aiman akan berjumpa Bibik.
Minggu seterusnya, minta Bibik tunggu Aiman di luar sekolah. Aiman hanya akan berjumpa Bibik sebaik sahaja kelas tamat.
Seterusnya, akan jadi amat mudah untuk Aiman.
Pesan saya, berilah masa yang cukup buat Aiman.
Saya pernah bertemu seorang anak yang mengambil masa 3 bulan melalui proses ini.
Sabar ya cikgu!
b) Bina keyakinan guru kelas
Betapa muda pun cikgu kelas, ia bukanlah faktor penghalang. Jadikan kehadiaran bibik seolah kehadiran sorang anak murid yang mudah diurus, tidak perlu di ajar dan diberi perhatian.
Kehadiran orang dewasa lain di dalam kelas, (Bibik, ibu atau bapa) adalah lebih baik jika mereka dapat membantu guru kelas menguruskan kelas.
Tiadak ada cikgu lain yang lebih bijak mengurus kelas ini. Jadi, lakukanlah tugas sperpti biasa. Agak kekok pada permulaannya, tetapi tidak mengapa. Yang penting, Aiman akan mendapat sokongan dari rakan yang lain.
Insyaallah. Cikgu adalah yang terbaik buat Aiman!
c) Fahami keperluan emosi anak dan gaya bahasa kasih sayangnya. (the love language)
Ada beberapa cara anak menunjukkan kasih sayang.
Mereka hanya faham bahawa orang yang melakukan perkara seperti itu kepadanya adalah orang yang menyayanginya.
Dalam kes Aiman, ia sangat jelas bahawa bahasa kasih sayang yang digunakannya ialah “act of service”. Jadi, jika cikgu mahu berkomunikasi dengan bahasa yang sama, cikgu perlu menggunakan bahasa yang sama.
Besar kemungkinan, cikgu dapat menarik hati Aiman dengan melakukan sesuatu perkara untuk Aiman. Contoh, “Aiman, mahu cikgu letakkan beg Aiman?”
Adakalanya, sebagai orang dewasa kita tidak mahu ‘memanjakan’ anak. Tetapi, pada keadaan dan tahap ini, Aiman perlu mendapat keyakian terlebih dahulu untuk mempercayai cikgu.
Selepas Aiman dapat membiasakan diri, barulah cikgu mula membentuk disiplin dan menerapkan pembelajaran seperti yang dirancang.
Respon saya pada ibu bapa:
1. Bantulah untuk bina keyakina Aiman di rumah. Berilah banyak ruang dan peluang untuk Aiman berdikari tanpa Bibik. Bermulalah dengan perkara asas dan biasa seperti waktu makan dan mandi.
2. Pada masa yang sama, berilah peluang untuk Aiman menjalani aktiviti luar tanpa kehadiran Bibik. Bawalah, anak-anak ke program luar seperti program kenduri, ceramah di surau dan lain-lain. Sebolehnya, tinggalkan Bibik di rumah. Biar Aiman punya banyak peluang bersama kawan sebaya yang lain.
Insyaallah. Aiman akan berjaya.