Mana anak saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pula hari ini? Dua hari kebelakangan ini, cuaca agak mendung di waktu pagi. Namun beransur cerah menjelang petang. Dingin dan nyaman pagi, menjadikan diri perlu lebih aktif.

Insyaallah.

Tentu sukar untuk membayangkan adanya ibu atau bapa yang sanggup membuang anak bukan? Malah, tidak terbayang apakah yang dilalui oleh ibu bapa yang kehilangan anak.

Saya sendiri, mengaku, yang saya tidak dapat memahami keadaan sebenar yang mereka hadapi. Membayangkannya boleh. Memahami kebenarannya adalah sukar.

Kali ini, saya kongsikan kisah ibu yang ‘kehilangan’ anaknya di sekolah.

Rasidah (bukan nama sebenar) adalah seorang ibu yang bekerja. Beliau menghantar dan mengambil anaknya seperti biasa di sekolah. Anaknya ini masih berumur 5 tahun.


Terjadi, pada suatu hari apabila beliau tiba di sekolah, dimaklumkan bahawa anaknya sudah diambil oleh bapanya. Rasidah amat marah dan kecewa kerana beliau dan suami sedang dalam proses berpisah dan hak penjagaan anak masih belum selesai.

Rasidah sangat kecewa dan marah. Cikgu pula sangat panik!


Respon saya:

Belajar untuk hidup
dari kisah kehidupan.- MIN 

Perkara seumpama ini jarang berlaku.

Tetapi ia pernah berlaku. Ini telah mengakibatkan banyak pihak tertekan dan kecewa. Ia bukan sahaja ibu bapa, malah pihak pengurusan sekolah, cikgu dan yang paling utama, anak itu sendiri!

Sebaiknya, masalah ibu bapa haruslah diselesaikan tanpa menggangu emosi anak-anak.

1. Semua maklumat yang penting terutama apabila melibatkan hal keselamatan anak, mestilah dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah pastinya mempunyai tatacara dan prosedur yang teliti apabila menerima kunjungan ibu dan bapa.

Pada kebanyakan masa, cikgu dan pihak sekolah tidak akan mempersoalkan jika ibu atau bapa yang mengambil anak mereka. Telus dan jujur dalam memberikan maklumat akan membawa banyak kebaikan pada anak itu sendiri.

Tindakan yang melangkaui kebolehan pihak ketiga untuk menyelesaikannya adalah menjadi tanggungjawan ibu bapa sepenuhnya. Contoh dalam kes ini, pihak sekolah tidak dimaklumkan tentang hak penjagaan atau isu yang sedang di alami oleh ibu bapa.

2. Ibu, guru dan pihak sekolah harus bertenang. Semak semula maklumat yang perlu didalami. Periksa jika ada mana-mana bahagian pengurusan dan proses harian yang perlu dibaiki. Berkomunikasi dengan positif dan berhemah akan menjadikan keaddan labih baik.

Sebaiknya, perkara seumpama ini tidak harus memberi kesan negatif kepada emosi dan pelajaran anak-anak. Biarlah mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa dalam keadaan positif dan memberansangkan.

Semoga, dengan ketabahan dan kebijaksanaan ibu bapa dan guru serta orang-orang dewasa dipersekitaran mereka, anak-anak akan dapat pelajaran dan pengajaran terbaik dari kehidupan ini.

Telus dan jujur memberi banyak kebaikan. Anak dan guru pasti dapat berinteraksi dengan lebih baik!

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.