Bimbang ‘tegur’ guru yang selalu ‘menengking’ anak.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan. Semoga hari ini menjadi satu titik permulaan yang baik untuk hari-hari mendatang.

Baiklah. Saya ada menerima beberapa mesej ringkas, tentang kisah harian kawan-kawan dan anak-anak.

Kali ini, kisahnya dalah mengenai seoran ibu yang bimbang apabila melihat guru di taska anak selalu menengking anak-anak di situ.

Meskipun beliau tidak kisah anaknya dimarah, tetapi beliau amat belas kepada anak-anak yang lain.

Katanya, pernah beliau menegur guru berkenaan, tetapi akhirnya guru itu bermasam muka. Bahkan, guru lain juga sudah tidak lagi mesra dengannya.

Jadi, sekarang beliau bimbang untuk membuat teguran. 

RESPON saya:

Saya sendiri menghantar 5 orang anak saya ke taska. berikut adalah apa yang saya sendiri lakukan dan apa yang saya perhatikan ibu bapa lain juga lakukan. 🙂

1. Fahami situasi guru

Secara ringkasnya guru-guru di taska adalah dalam keadaan yang tidak stabil.

Ini adalah berkaitan langsung dengan perkara berikut:

– isu gaji rendah yang menjadi bualan sejagat. 🙂
– isu ibu bapa tidak membayar yuran pada masanya
– isu ibu bapa tidak memberikan kerjasama menyediakan anak-
anak dalam keadaan ‘baik’ apabila sampai di taska
– isu ibu bapa sering hantar anak cepat dan ambil lewat.
– isu tidak cukup kakitangan, guru yang sama perlu menguruskan
hampir kesemua hal ehwal anak

2. Bezakan antara ‘tengking’ dan ‘suara lantang’.

Ada beberapa perkara yang perlu jelas tentang ini. Saya juga sering memerhatikan para penjaga di tempat anak saya.

– ada setengah guru memang bersuara lantang, bukan menegking.
– ada sesetengah guru perlu ‘menjerit’ untuk menarik perhatian, bukan marah.
(Ini faktor pembangunan profesionalisma pendidikan kanak-kanak yang tidak mahu saya bincangkan di sini.)
– ada sesetengah guru mempunyai masalah pendengaran, lalu perlu sentiasa bercakap dengan kuat.

3. Jalinkan hubungan baik

Sebagai ibu bapa, yang terbaik adalah menjalankan hubungan baik terlebih dahulu.

Antara yang mudah ialah:
– sentiasa senyum
– sentiasa mendahulukan salam semasa datang
– sentiasa ucapkan terima kasih tanpa memerlukan sebab
– bantu guru taska dengan perkara ringkas:
– turun dari kereta,
– bawakan semua beg dan barang anak-anak ke pintu taska
atau serah pada guru,
– bersihkan semua anak sekurang-kurangnya pastikan lampin
dan seluar bersih dari najis,
– minta anak berjalan sendiri masuk ke taska, berdikari dengan
bantuan guru,
– minta anak buka kasut atau selipar dan susun sendiri,
– bayar yuran dengan tepat pada masanya. Jika ada masalah kelewatan, maklumkan segera.

4. Kekalkan komunikasi positif.

a) Sentiasa menunjukkan adanya persefahaman antara ibu dan guru.

Sebaiknya berkomuknikasilah dengan lebih banyak kepada pengusaha atau ‘supervisor’ di taska.

Guru-guru yang agak muda berumur bawah 30-an agak berbeza sedikit penerimaan mereka apabila ditegur.

Saya sendiri hanya akan menegur mereka dengan sapaan sahaja. Contoh, “Cikgu baik hari ini?”, “Cikgu nampak bersemangat hari ini.” Selebihnya, saya akan berjumpa dengan pengusaha atau guru senior.

b) Di sini amat digalakkan dengan memahami bahawa ‘expectation’ sebagai ibu perlu sama tarafnya dengan ‘expectation’ guru.

Yang penting, ibu mahu anak selamat, gembira dan dengan yuran yang rendah bukan?
Guru pula mahu menjaga anak yang mudah diurus, faham peraturan dan bayaran yuran yang tepat pada masanya.
DENGAN ITU, pastilah apa juga komunikasi, teguran dan cadangan yang diberikan akan diberi perhatian.

Jika tidak ada juga perkembangan positif, carilah pusat jagaan atau taska yang lebih sesuai.

CATATAN KHAS:
Guru di taska juga adalah manusia biasa. Mereka amat memerlukan penghargaan yang seringkas senyuman. Adakalanya, sebungkus nasi lemak yang 50 sen itu boleh mengubat luka hati.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.