Apabila guru dan ibu bapa menerima ‘aduan’.

Asaalamualaikum.

Kali ini, saya menulis malam dan terus meletakkan sebagai ‘publish’. Kebiasaannya, saya akan letakkannya secara berjadual sahaja.

Selepas beberapa kisah sebelum ini, saya menerima komen positif.

Beberapa rakan yang lain juga turut berkongsikan banyak cerita.
Kisah kali ini berlaku dalam kes yang agak serupa, tetapi tidak sama.

Kisahnya: 
1. Apabila ibu bapa membuat aduan kepada guru, guru tidak memberikan kerjasama yang baik.

Anisah (bukan nama sebenar) mendapati anaknya membawa barang selain dari kepunyaannya apabila pulang dari sekolah. Ada masanya, barangnya pula diberikan pada kawan yang lain.

Anisah bimbang jika anaknya mula mengambil barang orang atau ada orang lain yang memberi barang kepadanya. Atas kesedaran tentang pentingnya memberitahu guru dan pihak sekolah sebarang keprihatinan, dia berjumpa dengan guru kelas.

Tetapi, guru kelas nampak tidak gembira dan bermasam muka apabila ditemui.



Kisahnya: 
2. Apabila guru memberi maklumbalas tentang anak-anak, ibu bapa menolak kebenarannya.

Siti (bukan nama sebenar) mengajar di dalam kelas anak-anak berumur 5 tahun. Di dalam kelas, Afiq (bukan nama sebenar) adalah seorang anak yang agak berbeza. Afiq banyak menyendiri dan selalu mahu berlegar-legar di luar kelas. Dia amat seronok berada di rak bacaan. Tetapi, apabila ada rakan yang menghampiri, dia menjauh.

Semasa pelajaran berlangsung, Afiq akan duduk diam. Pada kebanyakan masa, Afiq akan mengulang semua apa yang Siti sebut. Jika ditanya, “Siapa nama awak?”, Afiq akan berkata semula, “Siapa nama awak?”. Dari segi bacaan Afiq sangat pintar. Afiq juga sering dilihat bercakap-cakap dan berbual-bual sendirian. Apabila menyelak halaman buku, dia akan berbual-bual seolah-olah halaman itu hidup.

Apabila Siti bertemu kedua ibu dan bapa Afiq untuk berbincang tentang perkembangan Afiq yang agak berbeza, mereka berdua kelihatan marah. Katanya, Afiq bukan anak cacat!

Baiklah. Respon saya:

Memahami keadaan di atas, saya letakkan kedua-dua keadaan ini dalam kategori yang sama, walaupun ia tidak serupa.

Dalam kedua-dua keadaan ada teknik asas yang perlu difahami.

1. Dengar dengan aktif tentang perkasa asas.

Semasa berbincang, adakala ayat dan perkataan yang dipilih itu tidak sesuai.
Ia sering menimbulkan salah faham.
Bertenang.
Bersedia dengan fikiran terbuka dan positif.
Bersopan dan berbudi bahasa.
Sekiranya ada keraguan tentang apa yang dibincangkan, tanya semula.
Ikhlaskan diri semasa perbincangan atas tujuan kebaikan buat anak dan anak-anak yang lain juga.

2. Beritahu, maklumkan dan kongsikan maklumat penting.

Ketelusan ibu bapa dan guru berkongsi maklumat tanpa memikirkan sebarang kepentingan peribadi apatah lagi ego diri menjadi kunci kejayaan kepada sebuah program pembelajaran anak itu.

Fokuskan perbincangan pada anak.
Sekiranya perlu menceritakan keadaan sebenar anak ketika berada dirumah, ceritakan.
Sekiranya memang anak berkelakuan agak berbeza dalam pemerhatian ibu bapa di rumah, kongsikan.

Ia tidak ada sebarang kaitan dengan pepatah ‘Salah ibu mengandung’ atau ‘Anak di hutan disusukan, anak di rumah ditangan-tangankan.’
Maklumat tepat dan telus dapat membantu perbincangan untuk jadi lebih fokus kepada penyelesaiannya.

3. Rancangkan langkah yang sesuai untuk dilakukan.

a)Sekiranya ada keperluan untuk mendapatkan bantuan pakar, perlulah dipertimbangkan.
b) Sekiranya pemerhatian di sekolah dengan lebih rapi diperlukan, ia mesti dijalankan.
c) Sekiranya sebarang kelas khas dan terapi menjadi keperluan, anak mesti di hantar ke kelas itu.
d) Sekiranya anak perlu hadir ke sekolah awal 15 minit, maka hantarkanlah.
e) Sekiranya anak perlu hadir ke kelas tambahan pada hari sabtu, luangkanlah masa.
f) Sekiranya anak memerlukan aktiviti tambahan di rumah dengan bantuan ibu bapa, berikanlah kerjasama.

Anak-anak yang berbeza cara belajar, bertutur dan berfikir BUKAN cacat, gila atau terencat.  Mereka hanyalah berbeza.

Perbezaan dan jurang dari segi perkembangan anak terbabit dan murid lain perlu dikurangkan.

4. Folow-up.

Terakhir, perlulah ada sesi melihat semula perkembangan anak selepas 1,2 dan 3 minggu.

Beberapa perkara yang perlu diubah bolehlah ditentukan. Sama ada, kekerapan dan jumlah aktiviti.

Secara peribadi, saya merumuskannya sebagai keperluan orang dewasa bersikap terbuka dan rasional.

Tiada sebarang jaminan untuk semua masalah akan selesai. Tetapi, saya jamin, masih ada 1001 cara untuk menyelesaikan masalah dengan hemah dan bersopan.

Tidak perlu mengadu di facebook, tidak perlu menyaman sesiapa.

Insyaallah.

Yang baik pasti akan sampai.- MIN

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

2 thoughts on “Apabila guru dan ibu bapa menerima ‘aduan’.”

  1. Sekolah rendah ank saya pilih kasih! Sekolah rendah di Melaka. Sekolah rendah ini majoritinya adalah murid2 islam. Murid2 bkn islam pulak ditindas dan tidak diendahkan. Lpas tu janjikan anak sesuatu tetp bila ditanya Guru besar adakah betul dia berjanji kpd ank sy dia menjwb yg dia tidak mahu lagi berckp atau melayan lagi apa2 pertanyaan drpd saya. Patut namakan sekolah rendah itu sbg Sekolah pilih kasih! Tidak berintegriti!! Ada nama sekolah integrati tetp tidak menunjukkannya!!
    Sudah terlalu byk perkara berlaku di sekolah itu. Guru besar tidak tegas atau layan aduan dgn sikap endah x endah. Murid sekolah yg ada pangkat pengawas percubaan bertindak spt gangster meminta duit ganti rugi drpd pelajar. Apa tindakan diambil?

    1. Jess,

      Puan boleh buat aduan secara rasmi. SUrat bertulis kepada sekolah dan salinan ke Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Melaka. Jika perlu, salinan surat ke KPM.
      Saya tidak pasti sejauh mana ini diberi perhatian di peringkat atasan.

      Kedua, boleh buat pilihan untuk pindahkan anak ke sekolah lain.

      Semoga anak-anak kita semua sentiasa terpelihara daripada sebarang kejahatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.