Saya dikisahkan dengan satu cerita benar dari seorang pengetua sekolah tadika. Bagi saya, kisah ini sukar untuk saya percaya. Tetapi, benar! Ianya berlaku.
Begini kisahnya.
Seorang bapa kepada anak berumur 5 tahun selalu meminta untuk masuk ke tadika dan menghantar anaknya hingga ke dalam kelas. Setiap kali, dan hampir setiap pagi. Bapa ini adalah seorang pensyarah.Puan pengetua sedikit hairan. Lalu ditanyakan kepada guru kelas berkenaan. Tetapi, guru tidak pula mempunyai sebarang maklumat. Malahan, anak itu tidak ada sebanrang masalah.
Apabila diperiksa, didapati bapa tersebut akan meminta izin menggunakan tandas setiap kali sampai. Sebenarnya, untuk ke tandas, perlu melalui ruangan pejabat.
Pada kebanyakan masa puan pengetua tidak berada di situ. Tetapi, kerani sekolah yang ada di situ. Rupa-rupanya, bapa itu selalu itu mengajak Cik kerani sekolah berbual-bual.
Hinggakan pada suatu ketika, kerani itu mengadu kerana terganggu dengan kehadiran bapa itu yang sentiasa akan mengajaknya berbual.Respon saya:
Secara peribadi, saya tidak pernah mengalami situsai seperti ini. Tetapi, pernah mengendalikan situasai yang agak serupa.
Kehadiran bapa untuk menghantar anak setiap hari tidak menjadi masalah.
Untuk memasuki kelas dan menghantar anak juga bukanlah menjadi perkara besar.
Perkara utama di sini adalah kerani yang berasa tidak selesa kerani dengan kelakuan bapa berkenaan. Tambahan pula, rakan sekerja lain juga mula bercereita tentang bagaimana bapa itu senyum-senyum pada Cik kerani pada setiap kali.
Beberapa perkara mungkin perlu dilihat semula.
1. Kurangkan kekerapan kerani untuk menguruskan urusan di kaunter pada waktu itu. Contoh, sekiranya pada jam 8 pagi itu adalah waktu menghantar anak, tugaskan kerani berkenaan melakukan tugas-tugas lain.
2. Sediakan jadual bertugas di kaunter bayaran. Buatkan jadual gantian untuk mengurus dan menerima bayaran di kaunter.
3. Mengurangkan kebiasaan berbual-bual kosong sama ada dengan ibu atau bapa. Apabila berkomunikasi, fokuskanlah kepada perkara yang penting dan layan mereka dengan hormat.
4. Maklumkan kepada ibu bapa tang adanya pilihan dalam tatacara pembayaran yuran. Ia tidak semestinya dilakukan di kaunter pejabat. Berikan pilihan untuk memasukkan wang secara terus ke akaun. Ini akan mengurangkan kemungkinan kerani akan diganggu.
Yang pasti, dalam apa juga keadaan pelanggan adalah sentiasa menjadi keutamaan. Meskipun begitu, layanan yang diberikan dengan hormat dan rendah hati adalah yang terbaik.
Mungkin, ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah seumpama ini.Saya kira, semua persoalan ada jawapannya. 🙂