Assalamualaikum.
Kepada kawan-kawan dan rakan-rakan yang rajin di online. 🙂
Semoga hari ini dalah hari yang lebih baik dan sempurna dari semalam. Mungkin ianya lebih banyak dugaan. Tetapi, dugaan itu bakal menjadikan diri lebih kuat dari semalam.
Oh ya! Beberapa hari yang lalu saya menerima kisah lagi. Ini cerita baru bagi saya.
Suka ‘gosip’? Kebanyakan gosip datang dari perempuankah? Ramai yang berkata begitu.
Tahukah kawan-kawannya, bahawa bapa juga bergosip? Ini kisahnya.
Cikgu Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang guru sekolah rendah. Beliau menghantar anaknya ke sebuah tadika. Malahan, lebih dari 10 orang guru di sekolah itu menghantar anak masing-masing ke tadika yang sama. Mereka gembira apabila dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain. Mereka bukan sahaja guru perempuan malah guru lelaki juga!
Â
Terjadi kisah satu hari, Cikgu Ali (bukan nama sebenar) bercerita dikalangan guru lelaki tentang tadika itu yang menyebabkan Cikgu Ina dan beberapa guru perempuan yang lain kurang selesa.Â
Â
“Kau tahu, aku semalam ambil anak aku balik. Cikgu tadika kata aku ambil anak lewat. Tak boleh. Mana boleh begitu? Bukankah kita pelanggan? Patutnya mereka kena beri khidmat yang kita perlu! Agaknya, mereka habis kelas awal tu. Tentu Cikgu tadika itu malas-malas belaka.”
Â
Pada ketika yang lain pula. “Aku nampak tempoh hari, van tadika bergerak keluar dari sekolah jam 10 pagi. Jam 11 dah ada murid dalam van. Ini sah, cikgu malas! Adakah patut murid dihantar balik jam 11?”
Â
Cikgu Ina dan rakan-rakan mula tidak senang duduk. Rasa curiga pada cikgu di sekolah tadika anak mula timbul.
Â
Dipendekkan cerita, Cikgu Ina dan rakan-rakan memberhentikan anak dari tadika itu. Tetapi, anak Cikgu Ali masih bersekolah di tadika yang sama.
Â
Respon saya:
Saya melihat situasi ini bukan berasaskan gender. Ia lebih kepada tatacara dan cara mengendalikan situasi dan membuat keputusan.
1. Setiap maklumat yang diterima, wajar disahkan.
Terdapat beberapa kisah tertentu yang bermula dengan salah faham dan kecil hati. Sebagai orang dewasa guru tadika dan ibu bapa sangat perlu bekerjasama. Ini akan memastikan anak-anak dapat melalui hari-hari pelajaran dengan lebih baik.
Banyak maklumat yang diterima perlu disahkan kebenarannya. Bukan untuk mencari kesalahan, tetapi mencari jalan penyelesaian.
2. Berkomunikasi secara langsung dengan pihak terbabit.
a) Dalam senario ini, ibu bapa perlu berhubung secara langsung dengan pihak tadika.
Dalam kisah ini, diceritakan kepada saya bahawa waktu pembelajaran di tadika itu adalah selama 4 jam. Maka, murid yang lewat pulang mestilah dimaklumkan kepada ibu bapa untuk mengelakkan anak menjadi terlalu letih di tadika tanpa pengawasan yang sempurna.
Dalam keadaan ini, peraturan prosedur tadika perlu difahami oleh ibu bapa. Saya kira, pihak pengurusan juga perlu melihat kepada kebajikan pekerja tadika yang memerlukan waktu rehat selepas bekerja untuk tempoh tertentu. Ini ada termaktub dalam akta pekerja.
Meskipun bayaran tambahan tidak menjadi isu bagi ibu bapa, kebajikan pekerja adalah antara tanggungjawab mereka juga.
b) Apabila berlaku apa-apa insiden atau situasi yang agak mencurigakan, perlulah dirujuk terus kepada pihak pengurusan dan cikgu tadika.
Dalam kes ini saya dimaklumkan bahawa, van bertolak keluar seawal 10 pagi untuk menjemput murid yang agak jauh untuk hadir ke kelas sesi petang seawal 12 tengahari atas persetujuan dan permintaan ibu bapa. Â Ia bukan menghantar anak pulang awal, tetapi mengambil anak lebih awal.
3. Buatlah keputusan berdasarkan keperluan dan kebaikan anak-anak.
Pada kebanyakan masa orang dewasa akan banyak membuat keputusan berdasarkan emosi. emosi adalah sesuatu yang bersifat sementara. Lihat semula objektif dan tujuan asal. Sekiranya ia melibatkan anak-anak, yang baik untuk mereka adalah yang utama. Bukan perasaan atau ego sebagai ibu bapa.
Saya selalu mengingatkan diri untuk bersabar dan membuat keputusan dengan baik. Saya doakan juga untuk kawan-kawan semua.
Ya. Usah buat keputusan yang memberikan kesan jangka panjang hanya kerana emosi yang bersifat sementara.
“Do not make permanent decision base on your temporary emotion.”