Marahkan FB, bencikan FB…

Apa khabar semua?
Ya, ibu bekerja adalah orang yang sangat sibuk. Tetapi, ibu bekerja di rumah juga sangat sibuk. Sama sibuknya. Cuma berbeza dari segi keadaan dan suasana. Cabarannya berbeza. Apa yang penting kedua-duanya sama hebat!
Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang teman yang sangat ANTI-facebook. Malah, baginya Facebook adalah tempat yang sangat ‘kotor’.
Saya tertanya-tanya. Apakah agaknya beliau begitu?
Saya tidak bertanya, malah beliau menceritakannya pada saya.

Kisahnya begini…

Kak Su (bukan nama sebenar) adalah seorang yang bekerja di salah sebuah syarikat korporat di ibu kota. Kak Su sudah banyak pengalaman mengendalikan dan berurusan dengan pelbagai individu dari pelbagai latarbelakang.

Kak Su juga mempunyai satu hobi yang menarik. Dia membuka ‘online shop’ secara suka-suka. Tidak diduga pula, Kak Su jadi sangat suka dengan aktiviti bisnes kecil-kecilan yang dijalankannya.

Hinggalah pada suatu ketika, berlaku insiden di FB. Sebenarnya perkara itu boleh diselesaikan dengan baik. Isunya, ada pelanggan yang tidak berpuas hati kerana ordernya tidak dipenuhi. Pada ketika itu, Kak Su sudah memaklumkan bahawa stok sudah habis. 

Apapun, kisah tidak puas hati berlanjutan. Cerita di FB yang panjang dan memburuk-burukkan keadaan menyebabkan Kak Su susah hati dan makin bencikan FB…



min 8

RESPON SAYA:

Semua perkara yang wujud dan diciptakan pasti mempunyai fungsi        tertentu. Pada kebanyakan masa, kita sebagai manusia inilah yang menentukan hala tuju dan hasilnya. Baik atau buruk sesuatu itu pasti datang dengan cara dan formula yang digunapakai oleh pengguna.

Dalam kes penggunaan teknologi semasa juga sama. FB merupakan salah satu applikasi yang ada. Terdapat banyak lagi yang kurang popular. Di Malaysia, rata-rata FB masih menjadi alat utama untuk berkomunikasi, berniaga dan seumpamanya.

Justeru, saya melihatnya begini:

1. Era aklumat tanpa sempadan

Hari ini, sesiapa pun tidak dapat menyekat maklumat yang begitu pantas tersebar. Malah cerita sedikit boleh menjadi banyak. Kisah biasa, menjadi sesuatu yang luar biasa!

Saya berpandangan bahawa ia amat bergantung kepada setiap pengguna dan individu yang berkaitan. Orang yang bijak dan menjaga tatacara hidup dengan baik, tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang negatif.

berkongsi pandangan dan maklumat adalah baik. Namun, tujuan dan cara penyampaiannya banyak memberikan kesan. Bergantung kepada ebijaksanaan pembaca juga. Pembaca yang mampu enilai dengan baik dan mempunyai integriti diri, pasti akan menyambut idea positif dengan baik dan menolak yang negatif secara bijaksana!

2. Manusia makin bijak.

Dalam banyak perkara, hati menjadi yang utama. Sehinggakan ramai yang tidak dapat membezakan antara fakta dan perasaan. Perasaan bimbang berlakunya kemalangan apabila memandu pasti ada. Namun, faktanya belum tentu setiap mereka yang memandu itu akan ditimpa kemalangan adalah benar juga.

Semakin manusia bertambah bijak, hati manusia juga perlu dibaja. Pada kebanyakan masa, tidak semua maklumat dan kemahiran boleh disampaikan melalui internet. Penulisan dan maklumat di FB terutamanya, amat perlu disampaikan secara fizikal juga mengikut keperluan.

Oleh itu, mereka yang bijak akan fokus pada penyelesaian masalah dan menggunakan teknologi sebagai pemudah cara, bukannya satu-satunya cara!

3. Kuasa sebenar bukan di tangan manusia

Sebanyak mana maklumat dan info yang diberikan di internet, ia tidak dapat sekali-kali mengalahkan kekuasaan Allah.

betapa banyak keburukan yang dicanang di FB mahupun blog, ia tetap akan sirna sekiranya ia dalah perkara yang bohong.

Namun, apa juga yang baik akan tetap menjadi perkara baik.
Yang telus, tetap akan tembus menyelinap ke dalam hati manusia.

Jadi, kawan-kawan. Hakikat kemudahan internet boleh membawa kabaikan tidak dapat disangkal. Maka, penggunaannya amat bergantung kepada bagaimana setiap individu berfikir dan memberi reaksi.

Selamat ber FB dan ber BLOG ya kawan-kawan! 🙂

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.