Kemahiran dan Kepakaran

Baru-baru ini saya bertemu dengan beberapa rakan bisnes dan berpeluang berbincang tentang fasa perniagaan masing-masing. Pada masa yang sama, ada beberapa perkongsian yang membuka minda yang turut melibatkan kepentingan banyak perkara berkaitan pengurusan bisnes berbentuk legal.

Dalam konten tertentu fasa berniaga, rakan kerja yang dipanggi sebagai ‘key-partner’ memainkan banyak peranan penting dalam membantu orang bisnes untuk berjaya dan terus berjaya.

Saya diberitahu oleh seorang rakan bisnes yang hanya berkelulusan tingkatan 5, dan kini mempunyai 5 jenis perniagaan yang berbeza termasuklah 2 buah kolej swasta yang diuruskan oleh beliau dengan jayanya. Murid di salah satu kolej beliau sahaja mencecah 10,000 orang. Menariknya, kolej beliau tidak terletak di Lembah Kelang!

Antara apa yang saya dapat adaptasi dengan ringkas ialah bagaimna cara beliau menggabungkan kemahiran dan kepakaran beberapa individu dan entiti dalam syarikat beliau bagi mencapai kejayaan.

Keperluan mempunyai orang yang pakar dalam pengurusan, kewangan dan undang-undang adalah antara yang terlibat. Meskipun beliau memang memantau kesemua bisnes yang beliau jalankan, beliau hanya ‘memegang’ beberapa individu ‘pemegang kuasa’  yang sangat mahir untuk memastikan kelangsungan bisnes.

Beliau juga mempunyai sekumpulan ‘pakar’ yang sentiasa memastikan perjalanan bisnes syarikat yang terlibat dalam industri berbeza berjalan dengan baik. Selain 2 jenis kolej pendidikan, beliau juga mepunyai sebuah agensi pelancongan. Ada 3 bisnes lagi dalam industri yang berbeza.

Apa yang pasti, saya lihat beliau tidak bermain emosi dalam urusan bisnes. Saya dapati beliau adalah seorang yang berjimat (minum pun di kedai kopi tepi jalan sahaja). Tambahan pula, semasa saya berbual-bual, beliau lagaknya hanya seperti seorang bapa yang biasa.

Komitmen kepada bisnes sangat jelas dilihat dalam cara beliau menguruskan pekerja. Pada masa yang sama beliau sangat tegas!

Banyak lagi yang saya mahu belaja dari beliau. Insyaallah!

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.