KARYA PENULISAN dengan mencipta persekitaran.

Saya mengembara lagi 5 hari ini. Insyaallah akan berada di Singapore National Library dari 25-29 May bersama sekumpulan penulis dan ilustrator yang memang mengujakan.

Kami bertolak bersama delegasi Kota Buku dari DBP Kuala Lumpur pada 24 May, semalam. Ada banyak perkara yang saya dapat perhatikan dan pada masa yang sama pelajari dari sekumpulan peserta yang menjurus dalam bidang masing-masing yang pelbagai.

Saya bertemu dengan penulis yang multi-genre. Saya juga bertemu dengan ilustrator yang ‘multi-tasker’. Saya juga bertemu dengan pengurus dunia buku dari pelbagai tahap. Dunia buku ini memang mengasyikkan!

Ada beberapa perkara menarik yang saya mahu kongsikan di sini. Ia adalah falsafah umum tentang proses membuat keputusan dan tatacara bagaimana bezanya ‘mazhab’ sedia ada dikalangan penulis dan juga ilustrator.

1. Ada penulis yang percaya ‘fokus yang spesifik dalam tema penulisan’ akan dapat membantu pembangunan nama dan kredibiliti penulis itu. Ada penulis yang percaya dengan idea ‘free-flow’ yang lebih kreatif dan kepelbagaian tema dalam penulisannya adalah hak kreativitinya.

2. Ada penulis yang mensasarkan tujuan bilangan buku dan tempoh penertbitan. Ada pula penulis yang mensasarkan kualiti isi, konten dan cara pengolahan buku sebagai sasaran penerbitan.

3. Ada penulis yang mahu melukis karyanya sendiri. Ada penulis yang mahu fokus pada manuskrip dan mahu gambar buku disediakan oleh ilustrator lain.

4. Ada penulis yang melihat masa depan penulisannya dalam konteks imbuhan royalti berterusan dan ‘accummulated’ dalam tempoh jangkaan tertentu, 3-6 tahun. Ada penulis yang melihat imbuhan dan royalti sebagai satu proses melibatkan penbentukan sosial dan mengiranya dengan skala 10-50 tahun.

Insyaallah. Saya berpendapat, setiap individu yang unik mempunyai cara tersendiri menyusun atur perancangan diri dan hidup. Apa yang terbaik, Allah juga yang akan membantu pencapaiannya.

Selamat berkarya!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.