Bahasa jiwa bangsa. Pepatah yang sangat biasa bagi kita.
Terlalu banyak perbincangan tentang bagaimana bahasa perlu dikuasi dan pentingnya menguasai bahasa antarabangsa, bahasa Inggeris. Banyak juga perbincangan berkisar tentang bagaimana sepatutnya anak-anak didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dari peringkat awal.
Terdapat banyak perbezaan pendapat yang dibincangkan dan saya sangat positif untuk mengambil tahu serta menggunapakai cara yang terbaik untuk membantu anak-anak saya dan juga guru-guru di sekolah.
Namun, tidak ada hanya satu cara yang tepat untuk meneruskan kelangsungan penguasaan bahasa untuk anak-anak.
Baru-baru ini, saya didedahkan dengan satu isu baru, ‘bilinguism’. Cukup menarik untuk dikongsikan dan dibincangkan. Setuju atau tidak bukan soalnya.
Ia adalah satu cara mahu melihat apa yang terbaik dan meneliti semula keperluan terkini dalam perkembangan dan penguunaan bahasa yang bukan hanya untuk keperluan komunikasi malah keperluan identiti diri dan ilmu.
- Dalam salah saru perbicangan disebutkan tentang perlunya anak-anak menguasai bahasa ibunda dengan baik terlebih dahulu, sebelum mempelajari bahasa kedua.
- Ia juga dibincangkan tentang perlunya anak-anak menguasai bahasa kedua (atau ketiga) tanpa menghilangkan atau mengurangkan penguasaan bahasa ibunda.
- Perbincangan juga menyentuh tentang perlunya anak-anak berada dalam keadaan dan suasana pembelajaran yang ‘selamat’ dalam bahasa ibunda semasa mempelajari bahasa kedua atau ketiga.
Keadaan dan suasana pembelajaran selamat, adalah di mana anak-anak mendapati diri mereka ‘diterima’.
Apa yang menarik, tidak ramai yang mengetahui bagaimana sukarnya bagi anak-anak di sesetengah negara yang mempunyai hampir 13 bahasa pertuturan yang berbeza.
Apa yang terjadi apabila mereka nerada di dalam satu kelas yang sama?
Dalam konteks Malaysia ianya juga dilihat agak serupa. Di dalam sebuah kelas ada anak-anak yang menggunakan bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin sebagai pertuturan asas di rumah.

Mesti diingat, bagi sebahagian besar anak-anak pula, mereka menggunakan bahasa dialek yang lain untuk bertutur di rumah.
Ini termasuklah dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Jawa, Banjar, Kantonis, Hakka dan beberapa dialek lain yang saya sendiri mungkin tidak tahu.
Sebagai seorang pendidik, hakikat ‘multi’ budaya dalam komuniti perlu diambil kira. Bagi sebahagian dari kita yang terlibat dengan sekumpulan anak murid dari latarbelakang budaya yang sama cabarannya tidak sama.
Jadi, sentiasa belajar dan mempelajari perkara baru adalah menjadi keperluan untuk seorang yang bergelar pendidik.
Ia menjadi sangat penting apabila seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam dunia pendidikan itu sendiri!