BUKU BISNES : Preview Bahagian 1

MENGENALI BISNES PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Bahagian 1: Memahami kesesuaian diri dan bisnes

Berdasarkan maklumat yang terkumpul rata-rata terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan seseorang itu mahu menceburi bisnes pendidikan kanak-kanak.

Antara yang paling jelas adalah dikalangan wanita yang mahukan kebebasan dari belenggu jam bekerja di pejabat. Sebahagian besar mahu meluangkan lebih masa bersama-sama anak mereka sendiri.

Terdapat ramai juga guru dan kakitangan tadika, taska atau mana-mana pusat pendidikan kanak-kanak yang mahu menggunapakai pengalaman dan kemahiran mereka di dalam bidang pendidikan kanak-kanak dengan labih baik.

Itulah yang banyak dilihat di mana mereka yang pernah menjadi guru tadika atau pengurus tadika akhirnya mempunyai bisnes dalam bidang ini.

Tidak kurang juga mereka yang memang sudah berniaga, tetapi mahu menjalankan perniagaan yang bersifat komuniti dan memberi sumbangan langsung kepada masyarakat sekeliling.

Amnya, ramai yang mahu tahu, apakah persediaan yang perlu untuk memulakan bisnes pendidikan kanak-kanak?

Banyak perkara teknikal tentang bisnes pendidikan yang telah dibincangkan oleh pengendali kursus atau seminar tentang cara penubuhan tadika dan taska.

Tidak kurang juga, terdapat beberapa agensi yang sememangnya fokus mengendalikan program untuk membantu mereka yang mahu menceburi bisnes pendidikan dengan memberikan maklumat dan ‘know-how’ tentang semua proses teknikal yang terlibat.

Namun, yang berikut adalah 6 langkah awal sebelum seseorang itu perlu pergi jauh.

*6 langkah awal untuk menyiapkan diri dalam bisnes pendidikan.

LANGKAH 1: Persediaan diri sendiri

Sumber yang paling penting dan kritikal dalam fasa awal bisnes pendidikan ialah diri pengusaha itu sendiri. Sumber ‘diri sendiri’ ini melibatkan semua yang berada dan berlegar disekeliling pengusaha.

a. Ahli Keluarga

Ahli keluarga terdekat termasuklah pasangan, ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Melibatkan diri dalam bisnes terutamanya bisnes pendidikan kanak-kanak tidak memerlukan persediaan orang disekeliling pengusaha. Tetapi memerlukan persediaan pengusaha menyantuni orang di sekeliling mereka.

Ini adalah penting untuk melalui fasa kritikal dalam tempoh 12 bulan yang pertama dalam bisnes.

  • Kebenaran 1:

Apabila menceburi bisnes pendidikan kanak-kanak, masa untuk keluarga akan berkurangan sehinggalah pengusaha menemui formula pengurusan terbaik.

  • Kebenaran 2:

Kecenderungan untuk bekerja di luar waktu dan hari kerja biasa adalah tinggi.

  • Kebenaran 3:

Kedudukan sistem pengurusan yang baru mengambil banyak masa pengusaha untuk menilai dan membetulkan keadaan dengan segera.

  • Kebenaran 4:

Banyak aktiviti berkala dalam bisnes pendidikan kanak-kanak memerlukan kehadiran pengusaha secara fizikal.

b. Rekod peribadi

Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peribadi pengusaha banyak memberi kesan kepada perjalanan bisnes dalam industri pendidikan.

Rekod peribadi boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

  • Latar belakang peribadi

Katakanlah, jika pengusaha adalah seorang guru sebelum ini. Paradigma umum yang biasa, kebarangkalian melihat bisnes sebagai satu institusi yang diurus oleh mereka yang layak adalah tinggi.

Manakala apabila, pengusaha adalah seorang pegawai korporat yang baru berhenti kerja dan menceburkan diri dalam bisnes tadika, kesan pandangannya pula berbeza.

Amnya, ramai berpendapat bahawa pusat pendidikan tersebut pasti tidak dikendalikan dengan baik dan hanya dijalankan dengan tujuan membuat keuntungan. Pandangan seperti ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi.

Dalam situasi tertentu pula jatina pengusaha juga turut memberi kesan. Umum melihat pengusaha wanita lebih dipercayai berbanding lelaki.

  •  Latar belakang kewangan

Bisnes pendidikan kanak-kanak seumpama tadika dan taska dilihat sebagai bisnes dengan risiko rendah. Ia boleh dimulakan dengan kos serendah RM30K dan dilihat sebagai model bisnes yang ringkas. Untuk keluar dari bisnes juga kelihatan mudah.

Walaupun begitu, perancangan bisnes dengan teliti dan latarbelakang kewangan pengusaha adalah penting untuk memastikan kelangsungan perjalan bisnes untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sebagai contoh, meskipun modal  permulaan adalah kecil, pengusaha masih perlu membuka akaun semasa. Ini adalah termasuk dalam tatacara menjaga akaun kira-kira.

Pembukaan akaun untuk perjalan bisnes dibawah kendalian syarikat adalah satu cara yang betul untuk menjalankan bisnes. Yuran atau sebarang bayaran tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Ia sangat tidak profesional.

Untuk tujuan ini, rekod kewangan pengusaha mestilah bagus.

Pada peringkat permulaaan membuka bisnes, kebiasaannya modal awal atau ‘working capital’ adalah agak besar jumlahnya. Selain daripada mendapat bantuan dari institusi kewangan, ramai pengusaha yang mendapat kepercayaan daripada pelabur atau ‘venture capitalist’ untuk membantu melepasi fasa ini.

Untuk tujuan ini, rekod kewangan yang bersih juga sangat membantu.

Dalam bisnes pendidikan kanak-kanak juga, aliran kewangan sering berubah dan mmeskipun boleh dijangkakan.

Sebagai contoh, apabila cuti sekolah bermula pada hujung bulan hingga ke bulan hadapan, kebarangkalian aliran tunai wang masuk lewat  dan tersekat adalah tinggi.

Situasi sebegini, biasanya memerlukan pengusaha untuk bersedia dengan kebolehan mendapatkan kemudahan ‘overdraft’ untuk membantu dalam tempoh yang singkat.

Untuk tujuan seperti ini juga, pengusaha memerlukan rekod kewangan yang bersih.

Pendek kata, untuk terjun dalam dunia bisnes, rekod kewangan pengusaha mestilah bersih!

 

….bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.