Temubual : Pengalaman Bisnes Francais

Sabtu lalu, saya ditemubual oleh 5 orang pelajar Pendidikan Jarak Jauh, UUM yang sedang menyiapkan kertas projek mereka. Semasa saya menerima emel dan panggilan telefon, saya menyangkakan mereka adalah pelajar universiti sepenuh masa.

Semasa bertemu dengan mereka, saya dapati mereka adalah orang yang mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam dunia bisnes. Ada yang sedang bekerja sebagai jurutera dan pegawai bank. Kesemua mereka sangat komited untuk belajar tentang bisnes.

Saya juga difahamkan bahawa salah satu tugasan yang sedang disiapkan adalah untuk menemuramah usahawan dalam bidang yang mereka pilih.

Mereka telah memilih perniagaan francais sebagai bahan kajian dan memfokuskan kepada bidang pendidikan yang mereka dapati sangat menarik untuk dikaji.

Berbual-bual dengan mereka memberikan banyak input kepada saya sendiri. Beberapa pandangan dan tanggapan umum mengenai bisnes francais dan bisnes pendidikan kanak-kanak dapat saya kumpulkan sebagai panduan.

Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah soalan yang berbentuk peribadi sebagai pengusaha dan soalan yang berbentuk teknikal menjurus kepada bisnes. Lebih 2 jam temuramah dan diselang-selikan dengan sesi berbual, saya pulang dengan ketenangan.

Saya yakin, dengan komitmen mereka dan juga maklumat yang telah dikumpulkan, mereka akan berjaya menyiapkan satu kerangka kajian kes yang memberi pandangan baru  tentang sistem francais dalam bisnes pendidikan.

Berikut adalah 3 perkara yang saya mahu kongsikan dari pertemuan saya itu:

1. Guru – Orang Bisnes

Secara amnya, pengusaha bisnes pendidikan kanak-kanak bermula sebagai guru. Oleh itu, mentaliti bekerja sebagai guru sangat sukar dibuang. Ini kerap menyebabkan ramai pengusaha bisnes pendidikan kanak-kanak tidak dapat memfokuskan diri dalam mengembangkan bisnes.

 

2. Sistem – Formula

Ramai yang menyangkakan bahawa sistem francais adalah sistem yang mengikat usahawan. Saya setuju bahawa ‘high compliance’ adalah sangat penting dalam perjalanan bisnes dengan sistem francais.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak formula baru yang dikemukakan oleh pemilik francais, iaitu francaisor untuk memastikan kelangsungan bisnes bertahan lama. Pada masa yang sama, mereka mahu francaisi terus menjadi rakan niaga mereka.

Formula inilah yang membezakan setiap sistem francais yang ada. Oleh itu, bergantung peada pengusaha (usahawan) itu untuk memilih dan memastikan formula sistem francais yang sesuai untuk mereka.

 

3. Francais – Sistem

Pandangan umum tentang bisnes pendidikan dengan sistem francais adalah mudah dan senang untuk mengaut keuntungan bukan lagi satu perkara yang diterima sebagai benar.

Apabila dikongsikan, maka lebih jelas difahami tentang adanya dua tugas beerbeza dari segi pengurusan bisnes sebagai francaisi dan francaisor. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Sebagai contoh, meskipun terdapat program pemasaran khas yang dirancang oleh francaisor, francaisi sendiri masih perlu mempunyai perancangan pemasaran untuk meningkatan jualan di kawasan perniagaan masing-masing.

Meskipun model bisnes itu sudah terbukti, ia tidak bermaksud perjalanan bisnes akan jadi semudah A,B,C.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.