Yakin dengan Peluang

Semalam, saya bertekad untuk tidur awal dan bangun awal.

Tetapi, akhirnya saya mengalah juga. Perlu menjawab beberapa emel yang menuggu untuk dijawab.

Akhirnya, 4 jam dihabiskan dihadapan laptop untuk menjawab pertanyaan dan perbincangan melalui FB dan juga emel.

Ada beberapa perkara yang sangat signifikan dan saya mahu kongsikan dari kisah malam tadi di sini.

1. Kisah tidak yakin

Semoa orang mempunyai cita-cita yang tinggi. Setiap dari seorang mempunyai impian. Ada yang melakarkan impian ini untuk dicapai dalam tempoh masa yang tertentu.

Mereka ini telah menyusun pelan tindakan bagaimana mahu mencapai impian. Namun, dalam perjalanan usaha menterjemahkan impian ke pelan tindakan, terdapat banyak kata-kata dari orang di sekeliling yang menyebabkan seseorang jadi tidak yakin.

Ada juga, mereka yang mendapat banyak pandangan dari ramai orang yang menyebabkan keputusan mereka terhenti dan terhalang.Ada ketikanya, mereka jadi seolah tidak dapat membuat sebarang keputusan pun!

Beginilah…

 

Bertanya dan memohon pendapat rakan dan orang disekeliling tidak salah. Tetapi, membiarkan jawapan mereka menjadi penghalang kepada keputusan yang dibuat bukanlah satu perkara yang betul.

Mentor saya memberikan nasihat. Kategorikan orang disekeliling kita kepada 2 bahagian. ‘Significant others’ dan ‘insignificant others’. Dengarkan dan teliti pandangan dari ‘significant others’ sahaja.

Kerap dilihat bahawa orang yang positif juga akan jadi negatif apabila berada dalam kelompok orang yang salah.

 

2. Kisah peluang

Ramai diantara rakan yang saya temui menceritakan tentang peluang-peluang baru yang mereka temui. Apabila saya amati, rupa-rupanya, mereka ini adalah orang yang selalu bertemu dan melebarkan jaringan sesama mereka.

Antara ruang yang sangat luas adalah ruang alumni yang sudah mencipta banyak peluang kepada ramai orang. Kekuatan ikatan persahabatan dan persaudaraan semasa persekolahan adalah tidak dinafikan.

Maka kisah peluang itu tidak terhenti di situ sahaja. Ada ramai orang menjalin hubungan melalui persatuan dan mengenali serta dikenali melalui perhubungan sebagai rakan bisnes.

Perhubugan dan pertemuan seumpama ini, rupa-rupanya telah membuka banyak peluang kepada ramai orang untuk meningkatkan kredibliti dan peluang meluaskan bisnes.

*************

Tangguhkan kepuasan. Beri masa untuk diri sendiri. Lakukan dengan yakin.

 

Banyak kisah amalam tadi yang telah saya rekodkan belum saya kongsikan.

Namun, saya yakin. Tuan-tuan dan puan-puan bakah mempunyai kisah yang meyakinkan dengan peluang yang besar!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.