Nota Pelajaran : Rahsia Syarikat bertahan lama.

Baru-baru ini ada dibincangkan lagi tentang keadaan perniagaan dan situasi peniaga tempatan. Ia menyentuh tentang kisah kelangsungan bisnes yang berpanjangan dan perterusan.

Dalam posting saya yang lalu di

https://www.noraminahomar.com/2013/05/23/nota-kembara-pembelajaran-dari-syarikat-yang-berusia–100-tahun/

dikongsikan beberapa item dari a-j yang diadaptasikan dari nota pembelajaran saya bersama SME@Universiti Jepun, 12-18 Mei 2013 lalui. Ada yang saya ceritakan di

https://www.noraminahomar.com/2013/05/17/pemikiran-yang-memberi-kesan/

Baiklah.

Melihat perbincangan pertama yang sangat penting iaitu ‘customers’ creed’, saya juga melihat ia dikaitkan rapat dengan idea penggunaan Bisnes Model Kanvas yang menekankan tentang ‘customer segment’ sebagai perkara pokok dalam setiap idea bisnes.

Klik capaian Business Model Canvas  untuk mendapat gambaran awal apa itu bisnes model kanvas.

Ia adalah satu ‘tool’ yang sangat membantu memastikan kelangsungan bisnes sedia ada atau bisnes baru. Ia adalah berbentuk seperti di bawah.

 

bmcanvas-basic-model3

 

Berbalik kepada kepentingan ‘customers’ creed’ dalam kelangsungan bisnes, ia memerlukan setiap pengusaha bisnes untuk melihat kepada faktor pelanggan dalam bisnesnya.

Ada 2 fokus utama yang biasa dalam bisnes.

1. Fokus kastomer (customer)

– Bisnes memerhatikan kepada pelanggan. Keperluan dan kemahuan serta kekuatan pembeli dalam kumpulan dan segmen tertentu dikenalpasti.

– Dalam situasi ini, produk atau servis yang ditawarkan atau diperkenalkan adalah yang dikehendaki dan dimahukan serta diperlukan oleh pelanggan. Hasilnya, pelbagai produk yang sudah ada pembeli akan dapat di bawa masuk dan dihasilkan.

2. Fokus produk

– Bisnes melihat dan memerhatikan kepada produk. Apa penambahbaikan dan apa yang perlu dilakukan kepada produk.

– Dalam situasi ini, produk akan dilihat sebagai yang utama. Pengusaha memikirkan bagaimana lagi produk ini harus dibuat dan diolah supaya boleh dijual dan diterima oleh pelanggan. Kesannya, banyak produk atau servis yang terhasil tidak dapat dipastikan pembelinya.

Dalam 2 fokus di atas fokus kepada pelanggan adalah sesuatu yang penting dalam konsep menggunakan bisnes model kanvas yang perlu dipelajari oleh semua orang bisnes.

Dengan melihat kaitan yang sangat jelas tentang keperluan memberikan pelanggan apa yang mereka mahu, rahsia bagaimana syarikat di Jepun dapat bertahan lama dapat difahami.

Pada peringkat awal, saya secara peribadi juga tidak dapat melihat dengan jelas, bagaimana boleh memberikan apa yang pelanggan mahu dalam industri servis dalam sektor pendidikan.

Namun, memahami konsep ini, falsafah pendidikan yang diegang dapat dikekalkan dan pada masa yang sama pembangunan bisnes dengan memberikan pelanggan apa yang mereka mahu dapat dicapai.

Walaibagaimanapun, ia mengambil masa untuk memahami aplikasi yang baik dalam bisnes mengikut industri, sektor dan kategori masing-masing.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.