Emosi dan Masa

Setiap minggu, saya peruntukan masa khas untuk bertemu dan berbual-bual bersama ahli tim dan juga rakan niaga.

Adakalanya, perbualan ringkas melalui telefon atau ‘video call’ juga dijadikan sebagai rutin dalam jadual. Sesekali, meluangkan masa berbual-bual melalui ruang ‘chat’ membolehkan perbincangan berlaku melangkaui had logistik dan lokasi.

Pada kebanyakan masa, isu yang paling banyak dikongsikan adalah mengenai emosi. Antara tim bekerja dan rakan niaga, kedudukan emosi mengambil masa yang paling banyak untuk ditangani.

Emosi yang dibincangkan bukanlah hanya emosi negatif, malah emosi yang positif juga. Kedua-duanya juga boleh menyebabkan kekacauan dalam mencapai tujuan dan mengganggu prestasi.

Salah satu cara yang dikongsikan oleh salah seorang rakan adalah dengan mengekalkan fokus diri. Ramai yang mudah terganggu apabila berhadapan dengan kesukaran. Ada juga yang mudah terhenti apabila berada dalam kegembiraan.

Yang penting, fokuskan kepada perjalanan menuju kehadapan. Tidak terlalu lama menilai emosi negatif dan tidak membuang masa menyambut emosi positif.

Selain daripada itu, dikongsikan juga tentang perlunya berada disekeliling orang yang mempunyai emosi positif. Ini sering dikaitkan dengan jaringan rakan atau ‘network’ yang dibina disekeliling. Tidak kira sama ada di ruang kerjaya atau bisnes ia adalah antara perkara penting untuk memastikan emosi sentiasa terkawal.

Asingkan pergaulan rakan yang santai dan urusan bisnes. Tidak memberikan sebarang hasil positif dengan mencampur adukkan dua perkara ini. Sebaiknya, dalam urusan niaga tidak ada putusnya sebarang pertalian persahabatan.

Banyak perkara tentang emosi yang perlu ditangani. Namun, apa yang dikongsikan oleh rakan saya seerti diatas, sudah cukup sebagai langkah pertama ke arah pembinaan emosi yang stabil. Dengan itu, keputusan bisnes juga dapat dibuat dengan pernuh tertib.

Belajar melalui kesilapan itu bagus. Belajar tanpa membuat silap adalah lebih bagus.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.