Orang Bisnes Menulis

Hari ini saya sempat duduk bersama beberapa orang usahawan dalam sesi bengkel penulisan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Saya mendapat maklumat yang bermanfaat dan boleh diaplikasikan untuk masyarakat sejagat. Kami juga difahamkan tentang peranan dan fungsi DBP yang sebenar.

Apa yang menarik, saya dapati dalam sesi itu beberapa orang usahawan yang hadir adalah mereka yang mempunyai banyak pengalaman hidup yang perlu didokumentasikan. Ia bukan semata-mata untuk menerima habuan royalti, tetapi untuk memartabatkan ilmu itu sendiri.

Saya kagum dengan penyampai dari DBP yang menerangkan satu persatu proses dan perkara yang terlibat dari mula penulis menulis hinggalah terbitnya sebuah buku. Saya lihat dengan jelas bagaimana usahawan yang hadir melihat peluang yang diberikan ini sebagai salah satu ruang untuk mereka berkongsi segala ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam bisnes.

Sejujurnya, ini adalah kali ketiga saya menghadiri kursus penulisan atau perolehan manuskrip. Malah, setiap satu sesi merupakan sesi yang baru bagi saya, meskipun tajuk dan formatnya kedengaran sama.

Saya berbangga dapat bersama sekumpulan usahawan dan juga pegawai dari DBP yang begitu komited untuk menghasilkan manuskrip buku yang baik untuk cetakan dan tujuan penyebaran ilmu.

Pada masa yang sama, saya juga meneruskan hobi menulis di salah sebuah portal penulisan online iaitu www.widbook.com/book/5176.

Ada 3 buku yang saya tulis sebagai hobi. Salah satunya sedang dalam proses penyusunan semula untuk dijadikan manuskrip yang sah.

Saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan juga melalui aktiviti yang menarik hari ini.

🙂

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.