2 hari Ramadhan sudah ditempuhi. Ia adalah seumpama hari biasa. Tetapi, Ramadhan menjadikan setiap hari-hari itu menjadi lebih istimewa.
Istimewa bagi kanak-kanak yang teruja untuk ke masjid bersolat tarawikh. Istimewa bagi ibu-ibu yang berehat dari masak tengahari. Istimewa kepada peniaga bazar Ramadhan yang menambah pendapatan.
Pendek kata, ia istimewa buat semua orang.

Bagi perjalanan bisnes ia juga menjadi sesuatu yang istimewa. Ada banyak keputusan bisnes baru yang boleh diteladani ddengan lebih jitu semasa Ramadahan.
Ramadhan kali ini juga saya nekad.
Nekad dengan keputusan bisnes sedia ada.
Nekad untuk meneruskan perancangan yang hanya akan dipercepatkan hasil dari permasalahan yang timbul.
Nekad untuk berdiri sendiri atas keputusan sendiri.
Nekad untuk berjuang ke akhirnya.
Membuat keputusan yang nekad, terutama dalam bisnes bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalnya, hasil bukanlah seperti yang dirancang. Namun, ada caranya untuk menguruskan risiko-risiko yang mesti dihadapi.
Pun begitu, tidaklah sesuatu itu berlaku tanpa kuasa dari Allah juga.
Kali ini dengan sedikit pertambahan ilmu, keputusan bisnes tidak labi bergantung kepada faktor luar. Lebih menitikberatkan faktor dalaman.
Malam-malam Ramadhan ini, adalah malam yang penuh dengan janji Allah.
Janji-Nya adalah pasti. Itu saya yakin sekali. Biarlah buruk di mata manusia.
Salam Ramadhan!
.