Soal dengan, ‘Apakah yang…’

Alhamdulillah.

Esok, 3 Ramadhan bakal menjelang.

Usaha menjadi yang baik adalah bagus. Usaha untuk menjadi yang terbaik juga bagus. Tetapi, dalam beberapa keadaan, proses itu lebih penting daripada hasilnya.

Memetik beberapa nota kelas ABS yang saya hadiri, salah satu cara untuk terus maju adalah dengan tidak menganalisa.

Analisa dilakukan untuk memahami masalah teknikal. Analisa akan membantu untuk kita menemui punca dan sebab akan sesuatu masalah. Kemudian. sebab itu kita buangkan supaya maslah selesai.

Contoh masalah yang boleh dianalisa ialah masalah radio yang mati pertengahan jalan. Apabila diperiksa, dan disiasat serta dianalisa, didapati bahawa pendawaian dalam radio tidak betul. Masalahnya ialah dawai yang putus itu. Maka, buangkan dawai putus yang roask itu, gantikan yang baru. Selesai masalah dan radio berfungsi seperti biasa.

Dalam kes komunikasi, emosi dan hubungan, konsep analisa untuk memahami masalah supaya boleh diselesaikan adalah tidak terpakai.

Sebagai contoh, seorang isteri mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai wanita lain. Lalu dianalisa, maka wanita itu adalah puncanya. Maka  wanita itu harus di’buang’.

Atau yang lebih parah, si isteri menganalisa yang dirinya tidak cantik. Maka dibuang ‘kehodohan’ itu dengan pembedahan plastik.

Lebih sadis, jika ada yang melihat ‘suami’ itu yang menyebabkan masalah, maka cerailah yang diminta untuk membuang sebab dan punca masalah.

Mengurang dan mengelakkan tekanan atau lebih baik tidak tertakan langsung adalah impian setiap orang. Namun, kebolehan untuk mengawal diri daripada menganalisa masalah adalah kemahiran yang sangat rendah.

Penting sekali, tanyakan diri. ‘Apa yang saya mahu?’

Kemudian, desainkan jalan dan caranya untuk mencapai tujuan itu.

Elakkan soalan-soalan yang berbentuk penyiasatan dan tuduhan seperti, ‘kenapa’, ‘mengap’a dan ‘sebab apa’.

Cuba tanyakan dua soalan yang sama dengan dua cara seperti berikut.

‘Kenapa Abang lewat pulang?’

Tanyakan pula,

‘Apakah yang menyebabkan Abang lewat?’

Menggunakan kenapa mempunyai unsur-unsur tuduhan. Kebanyakan jawapan mendorong untuk orang yang menjawab mereka-reka jawapan atau menipu.

Ayat, ‘apakah’ menunjukkan soalan adalah permintaan untuk diberikan fakta dan maklumat.

Dalam banyak keadaan sekarang, banyak perkataan yang digunakan adalah tanpa sedar. Untuk memastikan diri sentiasa sedar, ia memerlukan pengetahuan dan pemahaman.

Selepas ini, ‘apakah yang…’ adalah frasa yang mesti digunakan apabila kita mahu mendapatkan maklumat.

Sama ada komunikasi ini adalah dalam situasi kekeluargaan, kerja atau bisnes ia adalah terpakai dengan sama.

Semoga bermanfaat. Saya juga sedang belajar dengan taat.

Salam Ramadhan!

.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.