Pembangunan dan perubahan adalah proses yang tidak dapat dielakkan.
Seorang anak akan melalui fasa perkembangan yang boleh dijangka. Meskipun ia berbeza dari seorang anak kepada seorang yang lain, setiap fasa perkembangan boleh diramal.
Perjuangan harian kita sebagai orang dewasa dilihat sebagai tidak boleh diramal. Secara peribadi, saya melihat ianya adalah satu proses yang todak boleh dielakkan.
Kehidupan seharian dan perancangan bisnes adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam lingkungan rakan bisnes yang saya kenali. Ia saling berkait dan perlu dipadankan rancangannya.
Takut.
Siapa tidak pernah takut?
Ia adalah satu perkataan yang sering diminta untuk dibuang dalam kamus orang bisnes. Saya mahu mengeklkannya. Takut ini membawa banyak makna kepada pembangunan diri saya secara peribadi.
Takutlah yang membuatkan saya berani membuat keputusan.
Takutlah yang menyebabkan saya merancang.
Takutlah yang membbuat saya mencari contoh dan tauladan.
Persepsi.
Sukar untuk mengawal diri, sukar lagi untuk mengawal persepsi orang terhadap diri. Persepsi boleh diurus dengan ilmu.
Persepsilah yang membantu saya membentuk watak.
Persepsilah yang memberi ruang modal sosial untuk dibina.
Persepsilah yang menyebabkan diri yakin terus berusaha.
Sangsi.
Acapkali kita curiga. Curiga pada pasangan dan rakan niaga. Curiga tidak dikawal akan membuahkan buruk sangka. Buruk sangka itu menjatuhkan diri.
Sangsilah yang menjadikan saya yakin.
Sangsilah yang mengajar kita menilai dan memberi nilai.
Sangsilah yang membuat minda berfikir untuk menyelesaikan.
Saya ditanya berulangkali oleh beberapa rakan. Saya yakin, sisi pandangan yang berbeza membolehkan kita berjalan terus. Lihat semula pada sisi yang selalu kita abaikan. Ada yang baru dan lebih baik boleh dijumpai.
Mereka mengajak kit unutk jadi positif. Teknik yang betul adalah dengan mempunyai sisi pandangan baru.
Lihat takut, persepsi dan sangsi melalui kaca mata baru.