Memori dan keputusan hidup.

Semalam saya sempat meluangkan masa menghadiri satu majlis perkahwinan rakan seuniversiti di Kedah.

Saya ini pula, bukanlah seorang yang suka bergambar. Jika tidak ada yang mengingatkan atau memanggil, tidak adalah gambar saya, Semalam juga begitu, tidak ada gambar.

Gambar diambil untuk kenangan.

Gambar juga berfungsi sebagai satu bukti.

Gambar juga boleh dimanipulasi.

 

Gambar itu umpama memori. Saya yakin, meskipun tidak ada gambar yang diambil, masih ada memori yang tersimpan dalam minda setiap orang.

Saya dihubungi oleh beberapa rakan. Baru dan lama. Berbisnes dan bekerja.

Baiklah. Saya ditanya lagi tentang keputusan yang saya ambil untuk menngubah perjalanan bisnes sedia ada kepada perjalanan menyertai jaringan rakan kongsi.

 

Cerita dan kisah setiap dari kita tidak sama.

Situasi setiap daripada kita berbeza.

Ada yang meninggalkan kerja untuk mula bisnes.

Ada yang meninggalkan bisnes untuk mencari bisnes baru.

 

Saya lihat, setiap dari kita mempunyai sebab yang tersendiri apabila membuat keputusan. Menyiasat sebab orang lain membuat keputusan, banyak ,mengambil masa dan tenaga.

Seharusnya, tenaga itu disalurkan untuk memikir dan merancang untuk apa yang perlu kita lakukan ke hadapan.

Saya mula melihat banyak idea baru apabila belajar tentang Bisnes Model Kanvas.

Kemudian, saya didedahkan pula dengan satu lagi ‘tool’ iaitu ‘Business Model You’.

 

Lalu, sepanjang itu saya berjalan dan mengembara. Menelusuri cabang ilmu yang adakalanya membuatkan saya menangisi semua kesilapan lalu.

Yang pasti, kita mesti pandang ke hadapan dan jalan terus sahaja!
.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.