Apa itu sistem yang baik hati?
Sistem yang baik hati membuatkan orang lain terus bekerja dengan kita dengan komitmen dan produktiviti yang tinggi meskipun mereka menyampah dengan kita!
————–
Dalam pengurusan bisnes, ramai yang bekerja dan memilih untuk bekerja bersama dengan orang yang mereka suka.
Mereka yang berbisnes juga memilih rakan niaga yang mereka suka.
Mereka suka bekerja dengan bos yang mereka suka.
‘SUKA’ bukanlah faktor kejayaan utama. SUKA adalah perasaan manusia. Ia bukan sifat bisnes.
Untuk memastikan kelangsungan sesuatu bisnes, kita mesti boleh bekerjasama dengan sesiapa pun meskipun kita tidak suka.
Meskipun kita tidak suka cara rakan kita sendawa, kita masih bekerja dengan dia.
Meskipun kita tidak suka cara dia gelak, kita masih boleh bekerjasama.
Meskipun kita tidak suka melihat matanya yang sepet, kita masih berbisnes sama-sama.
Mengurus pekerja juga tidak memerlukan pekerja menyukai kita.
Biarlah mereka menyampah kepada kita, namun mereka terus mahu bekerja dengan kita.
Hanya dengan sistem yang baik hati, ini boleh berlaku.