Ramai yang memilih untuk berkembang dengan bisnes.
Bisnes mahu dikembangkan, itu tujuan utama.
Membina jaringan di kalangan ahli bisnes berbilang industri sangatlah digalakkan.
Malah, sudah terbukti bagaimana orang bisnes yang mempunyai jaringan yang kuat mempunyai sokongan dalam pelbagai aspek .
Ini tidak sama dengan situasi ‘engkau mesti ada kabel’.
Zaman ini ‘kabel’ sudah membawa makna yang lain.
Ia bukanlah mengenali siapa yang akan memilih kita kerana ikatan dan kepentingan peribadi.
Ia adalah siapa yang mengenali kita kerana kredibiliti.
Nabi kita sangat dikenali dengan gelaran ‘al-amin’.
Itu adalah antara sebab ‘jaringan bisnes’ berkembang.
Melalui jaringan bisnes kita hari ini, kita mahu siapa mengenali kita?
Bagaimana kita mahu dikenali?
Sebagai orang bisnes yang bagaimana kita mahu diingati?
Apakah ‘personal positioning’ dan ‘personal branding’ kita?
.
.