Pelajaran yang Mengajar.

Bercerita dengan mendengar cerita adalah salah satu cara untuk memberikan simulasi kepada otak untuk terus bekerja dan memikir.

 

Semalam, saya berkesempatan bercerita dan mendengar cerita.

Cerita tentang ‘mindset’.

Mindset sebagai orang bisnes.

Mindset sebagai pengurusan bisnes.

Mindset sebagai pelaksana dalam bisnes.

 

*********

Saya teringat satu situasai semasa membimbing sekumpulan guru. Mereka sednag menyiapkan kad nombor sebagai alat mengajar untuk anak-anak berusia 4 tahun. Nombor 1-10. Setiap kad ada satu nombor sahaja. Maka ada 10 keping kad.

Setiap guru menunjukkan dan membentangkan tentang kad yang mereka sediakan.

– kad nombor yang disertakan dengan gambar benda-benda hidup.

– kad nombor yang disertakan dengan  gambar butang untuk dikira.

– kad nombor dengan ‘border’ yang berwarna

– kad nombor dengan ‘border’ bercorak

– kad nombor dengan nombor yang dicetak berlainan warna

– kad nombor dengan ada ejaan untuk sebutan setiap nombor

 

Selesai penbentangan, semua guru ditanya.

Apakah tujuan pembelajaran melalui kad nombor ini?

Ini jawapan mereka: Untuk mengenal nombor.

 

Di akhir sesi itu, semua guru diterangkan:

“Apabila mahu mengajarkan satu perkara kepada anak-anak, mindset guru mestilah menjurus kepada objektif pelajaran itu.

Mengajarkan anak mengenal nombor tidak sama caranya dengan mengajar anak mengira dan menulis nombor.

Apabila mahir, anak-anak dengan sendiri akan nampak kaitan semua kemahiran itu dan boleh menggunakannya dalam keadaan yang memerlukan.

Guru yang mengajar bahasa tidak boleh menggunakan mindset guru bahasa semasa mengajar subjek matematik.”

 

*******

Dalam bisnes, mindsetnya mesti betul.

Mindset orang bisnes, orang berilmu dan orang baik tidak sama.

.

NOTA : Siapa bilang seorang guru tadika tidak boleh punya mindset bisnes?

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.