Saya bukan orang sukan.
Bersukan hanya semasa tahun-tahun persekolahan.
Antara banyak-banyak sukan, saya tonton sahaja di televisyen.
Tidak banyak yang saya tahu.
Yang menarik juga adalah lumba renang dan juga lumba lari.
Saya suka semangat dan cara sukan itu.
Mereka fokus dalam trek masing-masing.
Tidak ada yang cuba mencederakan ahli sukan dari trek yang lain.
Meskipun mereka tidak mendahului di tangga pertama, mereka masih berlari dan berenang degan penuh semanagat hingga ke garisan penamat.
Mereka kelihatan sangat fokus.
Agaknya mereka melihat-lihat orang sebelah juga, bukan?
Atau, melihat siapa yang dihadapan.
Penonton hanya bersorak memberi sokongan.
Tidak ada apa yang boleh mereka lakukan di tempat duduk penonton.
Namun, semua fokus untuk sampai ke hujung garisan.
Walaupun penonton bertepuk bertampar, mereka masih meneruskan perlumbaan.
Yang perlu samapai ke hujung itu mereka.
Yang perlu fokus itu mereka.
Mereka tidak menyakiti sesiapa.
Tidak perlu mengetuk kepala sesiapa.
Fokus dan terus sahaja.
Bukankah berbisnes juga begitu?
.