PENYUSUNAN FUNGSI PENGURUSAN SYARIKAT
Antara perkara penting yang dianggap remeh dalam perjalanan bisnes sebuah syarikat yang sudah melepasi fasa ‘sart-up’:
+ Struktur dan penyusunan kerja dalam syarikat
+ ‘Job Scope’ dan ‘Job Description’
+ Prosedur pengurusan kewangan
Semasa saiz syarikat masih kecil, perjalanan syarikat dengan 2 orang memerlukan struktur yang ringkas.
Seorang boleh memegang bahagian operasi dan kewangan, seorang lagi boleh memegang bahagian jualan dan pemasaran.
Apabila syarikat berkembang dan mula memerlukan pekerja tambahan, keperluan pengurusan sumber manusia, program latihan, kawal seliaan akaun, kawalan kredit dan fungsi pentadbiran lain perlu disusun.
Pada waktu ini, kelangsungan bisnes memerlukan kemahiran pengurusan dan boleh menyusun kerja dalam syarikat untuk membezakan fungsi eksekutif pelaksana dan fungsi ahli lembaga pengarah.
.