Sejak beberapa bulan lalu, saya menemui beberapa individu yang banyak menggerakkan seni.
Seni ini juga satu bisnes.
Seni dan bakat sering dikaitkan bersama.
Orang seni mempunyai bakat seni.
Seni pula mempunyai cabang yang banyak.
Muzik juga satu seni.
Bakat dalam muzik ada sub-sub bakatnya.
Ada yang boleh bermain alat muzik, menulis lirik, menggubah lagu dan menyanyi.
Ada ramai yang mempunyai lebih dari satu bakat.
Ada yang boleh menyanyi dan bermain muzik.
Ada yang boleh menyanyi tetapi tidak boleh bermain alat muzik.
Bakat dan kemahiran pula berbeza.
Bakat adalah satu kurniaan.
Kemahiran boleh dipelajari dengan teknik yang betul.
Bakat bermain alat muzik itu satu anugerah.
Kemahiran bermain alat muzik boleh dipelajari.
Cakap dan buat!
Kita mahu anak-anak kita yang berbakat bukan sahaja dilatih untuk memahirkan diri.
Kita juga mahukan mereka mendapat peluang untuk terus berkembang dan berjaya dengan bakat yang sudah duasah dengan kemahiran itu.
Maka, cakap saja tidak ke mana.
Kursus sahaja tidak ada makna.
Ruang dan platform untuk mereka bergerak perlu disediakan.
Jadi, apabila anak kita yang berbakat dengan sukan, berikanlah ruang dan platform untuk anak itu menyertai acara sukan dan pertandingan sukan.
Apabila kita sendiri sudah mengasah kemahiran bakat kita, masuklah dan ikutilah ruang untuk mempamerkan serta mengetengahkan hasilnya.
Juga dalam bisnes. Apabila bakat dan DNA bisnes kita sudah diasah dengan kemahiran bisnes, ambillah peluang berbisnes dengan ruang dan platform yang ada.
Berkawan dan bergerak serta bersama-samalah dengan mereka yang berada dalam dunia itu. Cari ruang dan platform yang membawa konsep ‘berkembang bersama’ atas dasar kita ini orang baru.
Hanya dengan itu, semua akan mendapat manfaat.