Banyak cerita kejayaan bisnes yang dikongsikan.
Tidak kurang cerita bisnes yang gagal dikongsikan.
Sedih dan gembira itu, cuma emosi.
Faktanya itu yang perlu diteliti.
Didekati apabila senang, dijauhi apabila susah.
Disukai apabila berwang, dibenci apabila kayanya hilang.
Dihormati apabila bergaya, dilupa sahaja apabila biasa.
Cerita kegagalan sebegini kedengaran biasa.
Usah dibiarkan sejarah sedih menghalang kepada kejayaan baru.
Jalan terus.
Insyaallah, Allah memberkati.