Kali ini, tajuk posting dan kandungan yang sengaja diletakkan dalam bahasa Melayu.
Saya kagum dengan semangat 30 orang peserta yang hadir dalam kelas itu.
Hasil daripada pendidikan pecuma di grup FB Ainon Bisnes School (ABS), semua sudah jelas tentang kepentingan SOP itu.
Antara perkara penting yang boleh digarap dari sesi itu ialah:
1. Semua bisnes sedia ada memang sudah ada SOPnya.
2. Kebanyakan syarikat kecil mempunyai SOP yang tidak bertulis dan tidak boleh dirujuk.
3. Banyak bisnes yang baru bermula mempunyai SOP yang berdasarkan kehendak dan emosi individu yang menjalankan bisnes.
4. Banyak tatacara dan prosedur bisnes yang tidak disusun atur menyebabkan proses membuat keputusan bisnes lambat.
5. Risiko kegagalan bisnes dan kerugian akibat kesilapan membuat keputusan alah kesan apabila tiada SOP yang kuat dan terkini di dokumenkan.
6. SOP itu mestilah ringkas, mudah faham dan praktikal.
7. SOP itu adalah kepunyaan bahagian tertentu dan tidak boleh di’usik’ dan diganggu oleh bahagian lain. Namun, kolaborasi dan kerjasama untuk memastikan SOP itu berjaya penting.
8. Penguatkuasaan dan audit untuk SOP itu bersifat secara semulajadi. Kesannya jelas nampak melalui operasi bisnes itu sendiri.
Saya hanya mengutip beberapa keping gambar yan dikongsikan oleh mereka yang hadir memalui posting FB sahaja.
^_^




