Dalam mana-mana aktiviti bisnes, ia banyak melibatkan aktiviti yang bersifat rutin dan berulang-ulang.
Ini termasuklah perkara ringkas yang penting seperti menerima pelanggan, menerima bayaran, membuat tempahan, menerima tempahan dan banyak lagi.
Proses, dan prosedur ini perlu didokumentasikan supaya kualiti perkhidmatan dapat dijaga.
Sistem pula akan membantu kelancaran setiap proses dan prosedur supaya transaksi yang besar dapat diurus dengan baik. Malah, ia menjadi elemen penting apabila bisnes sudah mula berkembang dengan penambahan cawangan premis bisnes.