10 Penyamun dan BMC

Pada suatu ketika ada 10 orang penyamun.

Mereka sama-sama berpakat untuk menjalankan bisnes.
Bisnes baru.

Mereka menyediakan BMC masing-masing.
Selepas melihat 10 BMC dari setiap penyamun, ketua penyamun pun membuat keputusan.

“Wahai semua penyamun!
Dengar sini…
Saya dengan ini memilih BMC yang saya sediakan sendiri. Ia adalah yang terbaik selepas manilai semua BMC kalian.” kata ketua penyamun itu.

10 penyamun lain tidak berpuas hati.
Namun, mereka meneruskan juga.

BMC ketua penyamun itu lebih kurang berbunyi begini…

Customer Segmen : Semua orang yang mahu makan
Nilai tawaran : Makan untuk kenyang
Hubungan Pelanggan : Ambil makanan sendiri
Chanel: Kedai makan
Struktur pendapatan : Harga air, harga makanan

Penyamun 1 berkata, “Tuan Ketua, makanan apakah yang kita mahu jual untuk semua orang makan?”

Penyamun 2 bertanya, “Tuan Ketua, tiadalah orang yang makan untuk lapar. Apa istimewanya makanan kita ini?”

Penyamun 3 bertanya, “Tuan Ketua, apabila  pelanggan ambil makanan sendiri, apakah bayarannya juga mereka tentukan sendiri?”

Penyamun 4 bertanya, “Tuan Ketua, kedai makan kita itu mahu buka dalam kawasan hutan yang mana?”

Penyamun 5 berkata, “Tuan Ketua, dalam hutan ini kita cuma ada air sungai dan tumbuhan hutan sebagai sayur. Lauk pula, perlukah kita berburu kijang?”

Penyamun 6 pula berkata.

“Tuan Ketua…”

Belum sempat Penyamun 6 bertanya, Ketua Penyamun berdiri tegak.

“Sudah! Jika kalian tidak mahu berbisnes dengan hamba, ada ramai lagi orang lain akan berbisnes dengan hamba tahu!”

Lalu, semua penyamun 1 hingga 6 pun beredar.

Penyamun 7, 8, 9 dan 10 senyap sahaja.

“Ha, mengapa kamu senyap? Pergilah!”

Empat orang penyamun itu senyum dan menjawab serentak.

“Tuan Ketua…
BMC Tuan belum siap. Ada 4 kotak lagi belum diisikan.”

Mereka berempat sama-sama  angguk kepala.

Ketua Penyamun terpinga-pinga…

SOURCE: www.how-to-draw-funny-cartoons.com
SOURCE: www.how-to-draw-funny-cartoons.com

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.