Pengurusan sumber manusia dan bahagian pembangunan insan dalam setiap organisasi adalah antara tugas kompleks yang mesti diuruskan.
Apabila sesuatu perkara itu sudah ‘silap’ dan ‘salah’, kebiasaannya orang yang bertanggungjawab itu akan diperiksa dan disiasat.
Dalam banyak situasi, ramai yang fokus kepada SILAP dan SALAH lalu menyiasat, berusaha bersungguh-sungguh mengenalpasti salah siapa hingga lupa untuk memikir dan mengambil tindakan ‘penyelesaian’.
Namun, dalam urusan bisnes sebenar, ‘tindakan seterusnya’ itu adalah lebih penting.
Contoh kes:
Seorang ibu mengadu baju anaknya berconteng dengan ‘marker pen’ cikgu. Malah kedua-dua helai baju anaknya begitu dan berlaku 2 hari berturut-turut.
Pengetua sekolah itu terus menghubungi ibu itu dan mengatakan bahawa pihak tadika akan menggantikan sehelai baju percuma kepada anaknya dan cikgu kelas akan dimasukkan ke dalam beg sekolah pada esok hari.
Esoknya, ibu itu datang dengan gembira dan membeli sehelai lagi baju untuk anaknya.
Dalam kes ini, Cikgu kelas itu memang sudah silap dan salah kerana tidak menyimpan ‘marker pen’ lalu menyebabkan insiden ini.
Namun, fokus isu ini adalah masalah si ibu yang susah hati apabila baju anaknya sudah tidak boleh dipakai itu selesai. Cikgu kelas diperhatikan menjadi lebih berhati-hati dengan ‘pen marker’nya selepas kejadian itu.
.