Dokumen perjanjian dan kerjasama sering digunakan untuk mengesahkan apa-apa yang dipersetujui dalam perbincangan.
Bahkan, sejarah Nabi juga menceritakan tentang adanya perjanjian antara Nabi dan pihak lain seperti Perjanjian Hudaibiyah.
Dalam konteks bisnes, dokumen perjanjian menunjukkan tatacara, mengandungi bahagian penerangan tugas dan tanggungjawab dan hak atau ‘rights’ pihak yang bersama dalam perjanjian.
Di dalamnya juga dinyatakan tatacara penyelesaian konflik dan penamatan perjanjian. Semua pihak dinyatakan hak/ ‘rights’ masing-masing dan tatacaranya.
Namun, ada sesetangah bahagian perlu dirujuk melalui dokumen yang lain.
Setiap dokumen yang sah mempunyai hakikat sebenar tentang perjanjian yang juga dikenali sebagai ‘spirit of the agreement’.
Contoh:
Perjanjian kerjasama antara francaisor dan francaisi ada menyatakan hak dan tatacara menjalani perjanjian.
Sekiranya ada perkara yang tidak disentuh di dalam perjanjian, maka ‘best practice’ dalam industri bisnes perlulah dirujuk.
Ada juga bahagian tertentu yang lain yang perlu dipatuhi termasuklah Akta Syarikat dan Akta Pekerja apabila adanya perkara berbangkit mengenai perkara berkaitan.
Perjanjian antara francaisor dan francaisi ada ‘spirit’nya yang tersendiri yang hanya difahami oleh pihak yang terbabit.