Apabila berlaku perbincangan dan memerlukan persetujuan antara 2 pihak atau lebih, penjelasan yang terang dan jelas diperlukan.
Dalam situasi bisnes ini biasa berlaku apabila adanya penjual-pelanggan, pembekal-pembeli termasuklah francaisor-francaisi dan licensor-licensee.
Keadaan ini memerlukan semua pihak jelas dan semua perkara diterangkan. Ini akan membolehkan berlakunya persefahaman dan hubungan bisnes yang panjang.
Dalam konteks perjanjian kerjasama, pihak kedua diberikan masa untuk memahami kandungan perjanjian sebelum menandatanganinya.
“Sudah jelas, baru masuk.”
Contoh:
Apabila ada seorang bapa mahu mendaftarkan anaknya di tadika, beliau mestilah diberikan penerangan tentang perkara yang berkaitan dengan program dan terma persekolahan.
Setelah itu, barulah beliau akan membuat keputusan untuk mendaftar dengan mengisi borang, menandatanganinya dan membuat bayaran sebagai tanda bersetuju.
Pada kebanyakan masa, pelanggan atau pihak kedua itu sudah membuat ‘homework’nya terlebih dahulu.
Ia adalah persetujuan sukarela atas dasar ‘informed decision’.
Apabila ada situasi dimana pihak kedua perlu bersetuju tanpa diberikan atau mendapat penjelasan, ia meninggalkan kesan yang berbeza.
Praktis yang biasa dilakukan adalah deraf dokumen persetujuan itu diberikan kepada pihak kedua terlebih dahulu, diberi peluang untuk mendapat penjelasan pada bahagian yang mereka keliru.
Kemudian, barulah ia ditandatanganinya.