Orang bisnes suka bekerjasama dengan orang lain. Mereka tahu dan pandai ‘leverage’ banyak perkara termasuklah kemahiran.
Biasanya, orang bisnes mempunyai penasihat yang pakar dalam beberapa bidang. Ia termasuklah bidang perakaunan, percukaian dan hal-hal guaman.
Penasihat yang bertaraf pakar ini mempunyai etika mereka dalam bisnes memberikan khidmat nasihat sebagai servis mereka yang dibayar dengan kadar setimpal yang premium.
Secara praktikal, orang bisnes tidak mengarahkan penasihat mereka seperti pekerja.
Penasihat ini akan membantu orang bisnes mencapai objektif atau menyelesaikan sesuatu situasi.
Orang bisnes, akan membuat keputusan bisnes berdasarkan nasihat mereka yang pakar, bukan sebaliknya.
Contoh:
Seorang pakar akaun mendapati kliennya tidak mempunyai sistem kawalan kewangan yang kuat.
Kiraan dalam cara pengiraan berbentuk ‘pre-payment’ menyebabkan akaun syarikat tidak tepat setiap tahun apabila akaun ditutup untuk diaudit.
Maka, beliau menasihatkan supaya menggunakan cara ‘accrued’.
Walaubagaimanapun, ia akan memberi kesan kepada kiraan cukai dan sistem pengurusan kewangan mestilah dikemaskinikan.
Semua ‘aging records’ dan proses kutipan dan dokumentasi ‘account receivables’ mestilah tepat.
Beliau juga menasihatkan agar syarikat melantik pegawai yang bertugas sebagai ‘Credit Controller’.
Pakar menasihatkan begini agar syarikat tersebut dapat berkembang dengan lebih cepat dan kuat melalui penambahbaikan sistem.
Sistem yang kuat penting untuk memastikan kelangsungan bisnes.