Mereka yang menceburi dunia bisnes mempunyai kelebihan mengutip pengalaman dan perjalanan hidup yang tersendiri.
Pada kebanyakan masa, pengalaman dan pemikiran orang bisnes tidak dapat difahami oleh mereka yang tidak berada dalam dunia itu.
Bisnes secara amnya memberi konotasi korporat dan wang besar. Hakikatnya, bisnes boleh bermula dengan transaksi sekecil RM0.50.
Orang bisnes di pasar malam mempunyai pengalaman yang unik. Orang yang berbisnes kedai makan pula melalui jalan berbeza. Mereka yang menjual pakaian dan pelbagai jenis kain melalui fasa perkembangan yang berbeza.
Kesimpulannya, bisnes yang mempunyai pelanggan berbeza dengan ‘channel’ yang berbeza melalui jalan yang berbeza. Namun, hakikat objektif berbisnes tetap sama.
Apabila menerima kritikan dalam membuat keputusan bisnes, kita sering mengalaminya dalam keadaan dengan emosi.
Sudah tentulah begitu. Apapun, terdapat teknik tertentu yang digunapakai oleh orang bisnes untuk melalui setiap situasi.
Orang bukan bisnes biasanya tidak dapat membaca gerak keputusan bisnes.
1. Tetap dalam bisnes yang sama dan melakukan perubahan.
2. Keluar dari bisnes sedia ada dan melakukan pembaharuan.
.