Ambil dan guna nasihat mereka yang pakar.
Puan Nur Nazuha merupakan salah seorang rakan yang banyak membantu saya memahami tentang IP.
Beliau mempunyai latar belakang perundangan dan merupakan seorang konsultan IP. Beliau telah memberi khidmat nasihat kepada saya semenjak tahun 2011 dari http://ipxpert.com.my/
Khidmat orang pakar seperti beliau adalah premium.
Pada tahun 2012, apabila saya memohon bantuan beliau dalam satu kes, beliau menasihatkan saya secara praktikal.
1. Untuk kes pertuduhan yang membawa kepada kesan ‘saman’, peguam yang dilantik mestilah peguam yang ‘masuk mahkamah’.
2. Semua dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan perkara itu mestilah ada dalam simpanan dan direkodkan.
3. Rujukan dokumen proses dan prosedur serta SOP yang berkenaan mestilah ada sebagai dokumen yang sah.
Hasilnya, kes pertuduhan saman yang bernilai hampir RM900K, ditetapkan sebagai tidak sah. Ia telah diselesaikan melalui khidmat peguam yang ‘masuk mahkamah’ itu.
NOTA:
Orang bisnes mesti memilih pakar penasihat yang betul.
Peguam yang tidak ‘masuk mahkamah’ tidak dapat mengendalikan kes yang membawa akibat ‘masuk mahkamah’ dengan sempurna.