KERJASAMA BISNES. KEPIMPINAN DALAM BISNES.

Sketsa Petang

Petang tadi semasa sesi MINUM KOPI ABS BANGI, sempat seorang yang hadir bersembang-sembang bersama sebelum sesi bermula.

“Puan, saya dapati konsep ‘open-market’ ini membolehkan kita berbisnes dengan sesiapa sahaja yang kita mahu. Kita boleh pilih.

Tetapi, bekerjasama dalam bisnes ini, tidak semua orang bisnes boleh memimpin bersama kita.”

Saya lihat wajahnya yang kelihatan yakin dalam gusar dengan tenang.
Lalu saya bertanya, “Apa maksud tuan?”

“Ada orang bisnes yang saya pilih untuk bekerjasama, tetapi mereka tidak boleh menjadi rakan kongsi saya.”

Saya lebih ingin tahu. Mendorong bahu kehadapan sedikit, lalu saya sambung bertanya, “Apakah faktor yang menjadikan orang itu begitu?”

“Pengurusan korporat membolehkan kita berkembang dengan delegasi kuasa, perkongsian sumber dan peluang.

Perlu ada pembahagian tugas, punya etika dalam bisnes dan percaya kepada rakan kongsi. Jika orang itu masih mahu buat semua perkara, kawal semua benda, tidak terima tatacara dan SOP, maka itu adalah penyebabnya.”

Saya menyandar semula pada kerusi.
Tuan itu, terus memandang jauh kehadapan.
Kepala saya sudah berisi, penuh dengan seribu jawapan.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.