Cerita Berguru
Hakikat belajar itu sepanjang zaman.
Tidak terhenti kerana masa tetap berjalan.
Belajar itu tiada sempadan.
Guru itu mereka yang mengajar.
Murid itu mereka yang belajar.
Pilih apa yang ingin dikejar.
Jika tidak suka, diam, tinggalkan tanpa gusar.
Ilmu itu mesti disebar.
Adat berguru, genggam yang benar.
Beza pendapat, bukan kurang ajar.
5.51petang
15 November 2013
Kajang.