Peluang dan risiko.
Apabila ditanya dan berkongsi maklumat, saya diajar supaya berikan penerangan dan penjelasan.
Saya juga ceritakan tentang peluang dan risikonya sekali.
Dalam bisnes, peluang biasanya datang serentak dengan risiko.
Namun, ada ‘risiko’ yang boleh diurus dan risiko ini adalah ‘calculated’.
Contoh peluang bisnes dan risikonya:
——————————
Peluang bisnes pendidikan kanak-kanak adalah besar. Pendidikan awal kanak-kanak sudah menjadi kewajipan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4-6 tahun.
Memandangkan bilangan anak dalam sebuah keluarga semakin berkurang, ibu bapa meletakkan bajet yang lebih atas setiap anak.
RISIKOnya, ROI dalam bisnes pendidikan kanak-kanak mengambil masa yang panjang, minima 18 bulan.
Kos memulakan bisnes adalah tinggi mengikut model tertentu. Kemungkinan kesilapan teknikal (margin of human error) adalah tinggi.
Contoh mengurus risiko:
——————–
Cikpuan A penjual abaya, mahu memulakan jualan abayanya secara online. Peluang menjual abaya secara online adalah tinggi. Ada banyak grup di FB yang ahlinya adalah penggemar abaya.
Cikpuan A juga tahu bahawa risiko jualan online juga tinggi. Ada kemungkinan bayaran tidak betul, pelanggan komen produk, pelanggan tidak puas hati, stok tidak mencukupi, perlu masa untuk trace order, packing dan pos.
Cikpuan A sudah bersedia mengurus risiko dengan :
1. Sudah ada SOP ringkas dalam bentuk senarai dan prosedur yang sudah beliau fahami untuk menjalankan transaksi penjualan online.
2. Sudah ada susunan akaun dan sistem pengurusan wang secara online.
3. Sudah ada senarai kod dan ‘tagging’ produk untuk di’inventori’kan.
4. Sudah ada akaun bersama ‘poslaju’ dan ‘airpak’ servis.
.
NOTA
Risiko dalam bisnes boleh diurus dengan persediaan yang terancang.
.